Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday 23 March 2016

Penawar Gout


Aku terima whatsapp baru-baru ini memberi tahu tentang penawar gout yang dia dapat katanya berita dari seberang. Oleh kerana aku sendiri mengalami gout aku rasa elok juga aku sampaikan kepada sesiapa yang belum tahu tentang ini.

Di bawah ini aku cedok dari apa yang di hantarkan kepada whatspp aku:

Penawar Gout:
Jangan bergantung dengan ubat kimia - Jika anda ada gout; cukup minum ramuan ini sekali saja!

Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Saya tak mampu solat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. Saudara saya beri kapsul gout dari Amerika. Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT saya ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun. Masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya saya sakit apa ya? Saya jawap gout Pak. Cuba cari sebiji nenas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg berterusan minumlah 3 bulan sekali. Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout saya dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji nenas yg masak .
- Lobak putih kira kira 250 gram.
- 3 biji buah keras.

Sumber: Penawar Gout:

Bahan kedua:
Penurun gout dan pembersih kristal pada ginjal. Ini ramuannya:

1. 10 gelas air mineral.
2. 5 biji epal di potong 4 jangan di kupas kulitnya.
3. 5 helai daun sireh.
4. 1 biji buah nenas yg masaik.
5.  2 ketul halia.
6. Gula batu (gula melaka) 1/4 aja.

Rebus bahan tadi selama 35-40 minit hingga menjadi minuman kira-kira 5-6 gelas. Jadikan minuman.

Dari: Teman di Indonesia.
Selamat Mencuba.

Aku sendiri belum mencubanya dan kerana sakit gout aku pun belum sampai lagi, insyaalah aku pasti akan mencubanya. Dan lagi bahan yang digunakan bukanlah bahan yang haram.

Monday 21 March 2016

Berhati-hati Dengan Apa Yang Kita Makan


Kita, apa yang kita makan. Kalau kita selalu makan makanan yang bergaram lebih, peluang untuk kita mendapat darah tinggai adalah cerah. Jika jika amalkan makanan yang bergula lebih, peluang untuk mendapat penyakit kencing manis juga berpotensi.

Begitu juga dengan penyakit gout, jika kita selalu dan mengamalkan makan makanan yang banyak protin seperti kekacang makanan laut dan lain-lain, maka peluang untuk mendapat penyakit gout memangnya luas.

Apa yang aku cakapkan tadi adalah makanan yang kita tahu akibatnya jika kita mengambilnya terlalu berlebihan. Banyak jenis makanan jika kita mengamalkan terlampau-lampau akan mudaratkan diri kita sendiri.

Segala makanan dan amalan yang aku sebutkan di atas semua yang kita tahu. Banyak lagi benda-benda makan yang kita ambil tetapi kita tak tahu apa yang ada di dalamnya,  makanan itu.

Makanan seperti nasi lemak memang menjadi kegemaran semua bangsa di negara kita. Walaupun nasi lemak sudah menjadi makanan semua bangsa, untuk membelinya kita harus tahu siapa yang menjualnya.

Janganlah menjadi seperti apa yang aku terima dari whatsapp dari grup aku yang menceritakan tentang penjual nasi lemak orang dari seberang yang bertempat di kawasan Damansara. Berpakaian seperti orang islam, rupa-rupanya ia memang bukan islam dan menjual nasi lemak berlaukkan rendang babi.

Jangan kata mereka pembeli orang islam tertipu, kita sendiripun kalau kurang siasat tentang penjual nasi lemak itu mungkin akan tertipu.

Orang kita memang senang memerima orang-orang yang beridentitikan islam. Kita mudah sekali menerima mereka, tidak kira dari mana mereka datang asalkan mereka islam kita akan menerimanya.

Yang tak eloknya ada di antara mereka yang bukan islam menggunakan identiti islam untuk membuat duit dan mengaut untung. Ini yang tidak baiknya dan yang penting sekali kita sendirilah mesti kaji selidik tentang mereka.



Sunday 1 November 2015

Mahkota Dewa Mampu Menurunkan Gula Bagi Pesakit Diabetes

Sejak aku tahu yang buah mahkota dewa mampu mengurangkan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah dan lain-lain lagi, aku mula mengamalkannya. Tetapi dengan mengamalkan minuman kopi pracampuran yang berasaskan buah mahkota dewa. Selain rasanya yang sedap, aku mula nampak sedikit perubahan apabila aku membuat pemereksaan gula dalam darah.


Aku selalu mengingatkan diri aku, minuman tambahan apa sekalipun yang kita ambil, ubat doktor kita tidak boleh tinggalkan. Makan tetap juga aku kena kawal, jangan main hentam sahaja. Setakat ini aku amat bersyukur, gula dalam darah tidaklah membimbangkan dan begitu juga dengan tekanan darah tinggi aku.  

Aku baru saja mendapat buah mahkota dewa yang selama ini aku dok cari-cari. Sepupu aku yang berikan kepada aku kerana dia tahu aku selalu minum kopi pracampuran mahkota dewa. Aku memang mengamalkan minuman kopi mahkota dewa. Aku memang dapat rasa kebaikannya.

Sekali ini aku akan minum air buah mahkota dewa. Apa yang aku dengar, rasanya tawar langsung tidak rasa pahit. Untuk minum air ini aku perlu potongnya nipis-nipis dan kemudian jemur hingga kering. Aku hendaklah  merebusnya terlebih dahulu, ambil airnya dan minum. Aku juga diberi tahu bijinya beracun dan boleh memabukkan. Bermakna aku hendaklah buang bijinya terlebih dahulu.

Apa yang aku tahu dan membaca tentang buah mahkota dewa, ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan gula dalam dara, mengurangkan sakit sendi dan bermacam-macam lagi. Ia juga dapat memberi kekuatan kepada tenaga batin utntuk lelaki. Ia bertindak sebagai anti oksida dan banyak lagi kebaikan yang telah terbukti tentang buah ini.

Aku sendiri ada penyakit kecing manis. Selama ini aku amalkan minuman kopi mahkota dewa sambil tidak tinggal ubatan dari hospital dan dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Aku percaya mungkin dengan pengambilan air buah mahkota bersama ubat dari hospital akan lebih berkesan lagi, insyaallah dengan izin Allah.

Monday 7 September 2015

Tukar Gaya Hidup Jika Ingin Hidup Lebih Lama

Bagi insan yang sudah lanjut usia macam aku, lebih mudah menerima penyakit-penyakit yang aku sendiri tak suka. Tetapi bila dia dah mai aku tak boleh buat apa, mau tak mau terpaksa melawan juga penyakit yang ada. Apa nak buat, dulu-dulu masa badan masih muda makan sahaja apa yang terasa selera. Bila dah jadi macam ini, baru aku tahu.

Pesan Rasulullah mengenai makan, " Asal penyakit adalah melalui makanan". Aku tidak peduli itu semua, asalkan berselera aku akan makan. Aku ada penyakit, darah tinggi, jantung dan kecing manis. Penyakit ini lebih glamour dipanggil " tiga serangkai " dan aku sedang menghadapinya sekarang.

Aku buat medical check up setiap 5 bulan, dan tidak boleh lari lagi dari makan ubat yang dipreskripsi oleh doktor. Aku terpaksa makan ubat lebih kurang 5 biji ubat di sebelah pagi dan petang. Aku juga terpaksa makan ubat untuk cairkan darah untuk menghindari stoke. Kesemunya itu adalah ubat yang terpaksa aku mengambilnya.

Untuk memantapkan lagi kesihatan, aku mengambil makanan tambahan dan tumbuhan seperti buah mahkota dewa, periya katak dan lain-lain yang dapat membantu menurunkan kadar gula dan tekanan darah. Segala makanan ini meman
g membantu dan hasilnya memang menakjubkan. Ketika aku membuat ujian darah dan air kencing, ia telah menunjukkan normal.

Aku bersyukur, dalam keadaan sebegini aku dapat juga membuat kerja-kerja ringan dan berniaga. Kalau hendak membuat kerja berat memang susah, kadangkala aku ambil GTN atau ubat bawah lidah yang aku selalu sebut. Ubat ini akan diletakkan sahaja di bawah lidah apabila aku terasa mengah atau serangan kecil -- mild attack. Ubat ini juga dapat membantu ketika aku ingin kerja yang lebih berat sedikit. Letak sahaja di bawah lidah dan buatlah kerja, insya'allah semuanya akan berjalan lancar.

Gaya hidup aku sudah bertukar sama sekali. Aku sudah tidak merokok lagi. Pengambilan gula sudahpun berkurangan. Aku tidak boleh mengambil sebarang makanan walaupun ia menyelerakan. Aku mesti kuatkan tekad dan kawal segala-galanya baik dari segi fizikal mahupun mental. Aku ingin hidup lebih lama, aku ingin berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Sunday 16 August 2015

Makan Buah Dokong Cicah Dengan Garam

Ramai orang dok kata makan buah dokong boleh mengakibatkan badan kita rasa sengal-sengal, sakit sini dan sakit sana. Tetapi apa yang aku tahu bila makan buah dokong pertama sekali lepas makan aku terasa sengkak. Perut kembung, dan nak makan benda lain rasa tak boleh masuk lagi.

Begitulah penangan makan buah dokong, apapun lain orang lain rasa dan pengalamannya. Perut aku kembung sebenarnya mungkin kerana terlalu banyak makan buah dokong, rasa-rasa akulah. Kalau terlalu banyak makan, makan apapun akan terasa kembung, mungkin penangan makan dokong agak lain macam sedikit.

Malamnya aku tak ambil apa-apa makanan pun, tidur awal dan terasa juga badan menjadi berat. Selalunya aku pantang tidur awal, memang lewat, macam-macam aku buat tengok facebooklah, tengok forexlah dan banyak benda lagi sehinggalah makan masa sampai pukul dua pagi dan kekadang lanjut sampai subuh pun ada.

Buah dokong rasanya sedap, tidak terlalu mahal harganya, nak pula makan buah yang besar-besar memang best. Makcik jiran sekampung aku selalu berpesan kalau nak makan buah dokong cicahlah dengan garam, kerana garam boleh melawan rasa sakit sengal-sengal dan rasa ketidak-selesaan apabila selepas makan buah dokong.

Aku dah cuba, mungkin aku hanya terasa kembung perut dan berat badan kerana terlalu banyak makan buah dokong. Tetapi dengan ikhlas aku katakan, memang aku tidak rasa sengal-sengal dan sakit sini dan sana, aku amat bersyukur sekali. Anda boleh cuba juga ikut petua ini, manalah tahu kot-kot ia menjadi.