Thursday 10 September 2015

Tak Dapat Berniaga Kerana Hujan Turun Tak Berhenti


Hari selasa, sedang aku asyik berniaga, hujan turun dengan lebat sekali. Aku tak dapat  nak bertahan lagi, aku terpaksa kemas semua barang jualan dan tutup gerai. Aku terpaksa balik rumah dengan keadaan basah  lokoih. Pendapatan aku tak seberapa tetapi cukup untuk 'cover', nasib baik hujan turun di sebelah petang.

Hari rabu, aku membuat segala persediaan untuk berniaga seperti biasa pada pukul 11.30 pagi, sekali lagi hujan turun sekejap berhenti dan kemudian sambung lagi hujan hingga kemalam. Aku tak dapat berniaga langsung untuk hari itu. Tidak berniaga bermakna tidak ada duit.

Hari ini khamis juga begitu, hujan turun sejak pagi lagi dan aku terpaksa tangguh lagi perniagaan aku. Hari ini adalah hari kedua aku tidak dapat berniaga, tidak berniaga bermakna tidak ada duit. Aku terpaksa bergantung harap untuk hari esok, minta-minta janganlah hujan kerana aku berniaga di dua tempat.

Keadaan hujan sekejap turun dan sekejap tidak akan berlarutan mungkin sampai kepenghujung tahun ini. Tahun lepas juga nasib aku lebih kurang sama, sekejap berniaga dan sekejap tidak.

Kalau keadaan begini berlarutan, agak-agaknya macam mana aku nak bayar hutang pinjaman Amanah Ikhtiar. Aku mesti bayar hutang Amanah Ikhtiar setiap minggu. Kalau tak bayar siaplah aku, macam-macamlah nanti sahabat bersungut. Mahu tak mahu, terpaksalah aku cari jalan juga meminjam semata-mata untuk 'settle' hutang Amanah.

Beginilah nasib sesetengah peniaga yang meminjam dari Amanah Ikhtiar. Hutang Amanah mesti kena bayar, kalau sahabat lain tak bayarpun kita kena bayar untuk dia, itu sudah menjadi tanggung jawab peserta dan kami semua kena berikrar setiap minggu semasa mesyuarat.

Bilalah orang macam kami nak maju, asyik bayar hutang sahaja. Berniaga bukanlah tak masuk duit, tetapi susah nak bernafas sedikit kerana komitmen dengan Amanah Ikhtiar. Simpan duit tetapi semata-mata bayar hutang.

Walaubagaimana bersungutnya sesetengah orang kepada Amanah Ikhtiar, tetapi Amanah Ikhtiarlah tempat mereka meminjam. Sebenarnya dengan adanya Amanah Ikhtiar, banyak peserta juga dapat mengubah hidup. Dari naik basikal, ada yang sudah ada motorsikal mahupuan kereta. Ada yang mampu bina rumah baru.

Amanah Ikhtiar memberi kita peluang, janganlah sia-siakan peluang yang ada, gunalah akal dan kederat untuk martabatkan diri kekehidupan yang lebih selesa. Berhutang dengan Amanah Ikhtiar lebih dari berhutang dengan 'along' kerana along tidak menjanjikan apa-apa kebaikan melainkan malapetaka.








EmoticonEmoticon