Monday 7 September 2015

Tukar Gaya Hidup Jika Ingin Hidup Lebih Lama

Bagi insan yang sudah lanjut usia macam aku, lebih mudah menerima penyakit-penyakit yang aku sendiri tak suka. Tetapi bila dia dah mai aku tak boleh buat apa, mau tak mau terpaksa melawan juga penyakit yang ada. Apa nak buat, dulu-dulu masa badan masih muda makan sahaja apa yang terasa selera. Bila dah jadi macam ini, baru aku tahu.

Pesan Rasulullah mengenai makan, " Asal penyakit adalah melalui makanan". Aku tidak peduli itu semua, asalkan berselera aku akan makan. Aku ada penyakit, darah tinggi, jantung dan kecing manis. Penyakit ini lebih glamour dipanggil " tiga serangkai " dan aku sedang menghadapinya sekarang.

Aku buat medical check up setiap 5 bulan, dan tidak boleh lari lagi dari makan ubat yang dipreskripsi oleh doktor. Aku terpaksa makan ubat lebih kurang 5 biji ubat di sebelah pagi dan petang. Aku juga terpaksa makan ubat untuk cairkan darah untuk menghindari stoke. Kesemunya itu adalah ubat yang terpaksa aku mengambilnya.

Untuk memantapkan lagi kesihatan, aku mengambil makanan tambahan dan tumbuhan seperti buah mahkota dewa, periya katak dan lain-lain yang dapat membantu menurunkan kadar gula dan tekanan darah. Segala makanan ini meman
g membantu dan hasilnya memang menakjubkan. Ketika aku membuat ujian darah dan air kencing, ia telah menunjukkan normal.

Aku bersyukur, dalam keadaan sebegini aku dapat juga membuat kerja-kerja ringan dan berniaga. Kalau hendak membuat kerja berat memang susah, kadangkala aku ambil GTN atau ubat bawah lidah yang aku selalu sebut. Ubat ini akan diletakkan sahaja di bawah lidah apabila aku terasa mengah atau serangan kecil -- mild attack. Ubat ini juga dapat membantu ketika aku ingin kerja yang lebih berat sedikit. Letak sahaja di bawah lidah dan buatlah kerja, insya'allah semuanya akan berjalan lancar.

Gaya hidup aku sudah bertukar sama sekali. Aku sudah tidak merokok lagi. Pengambilan gula sudahpun berkurangan. Aku tidak boleh mengambil sebarang makanan walaupun ia menyelerakan. Aku mesti kuatkan tekad dan kawal segala-galanya baik dari segi fizikal mahupun mental. Aku ingin hidup lebih lama, aku ingin berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.


EmoticonEmoticon