Monday 7 September 2015

Risiko Yang Mungkin Dihadapi Oleh Peniaga Warung


Malu, segan dan malas sudah tidak ada lagi bagi sesetengah orang untuk mencari rezeki yang halal. Berniaga di warung adalah salah satu jalan mencari rezeki bagi kebanyakan mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Malah, berniaga di warung kalau kena gayanya dapat memberi pendapatan lumayan.

Berniaga warung di tepi jalan bukan lagi pekerjaan orang susah seperti apa yang digambarkan dalam drama di kaca TV. Masa sudah berubah, ada peniaga warung yang mampu membeli rumah terrace 2 tingkat dengan mudah sekali hanya dengan pendapatan dari menjual nasi di tepi jalan. Jangan sekali kita pandang rendah pada mereka ini.

Jangan tidak percaya ada peniaga warung tepi jalan yang sudah maju hingga memiliki kilang sendiri. Tetapi yang menghairankan aku, ada lagi orang kita masih memandang rendah kepada peniaga warung di tepi jalan ini. Bagi aku mereka adalah orang yang bijak sebenarnya. Peniaga warung adalah mereka yang pandai menggunakan strategi untuk berniaga.

Peniaga warung perlu kaji strategi seperti lokasi, penduduk, permintaan dan mahupun penawaran. Sebelum membuka warung baru, apa yang ada di dalam otak mereka adalah bagaimana mereka boleh buat duit dengan gerai mereka. Tanyalah sesiapa sahaja peniaga warung tepi jalan, apa yang difikiran mereka sebelum memulakan perniagaan.

Seperti yang aku katakan, peniaga warung ini memang bijak mengatur  lokasi yang strategik. Cabarannya memang hebat, penguatkuasaan dari pihak bandaraya atau majlis tempatan terpaksa dihadapi. Tetapi mereka mesti menghadapinya, cari jalan terbaik asalkan dapat berniaga dan dapat untung.  

Lokasi yang baik dan yang menjadi tumpuan selalunya membuat sesetengah pihak rasa cemburu. Maka timbulah segala macam aduan yang tidak menyenangkan yang membolehkan pihak berkuasa mengabil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini.

Aku tidak berapa risau tentang aduan kepada pihak berkuasa kerana lokasi perniagaan sememangnya bukan hak milik peniaga. Aku amat risau sekali hingga sekarang ada sesetengah peniaga sendiri yang membuat aduan.  Tetapi bukan buat aduan kepada pihak berkuasa, mereka membuat aduan kepada bomoh semata-mata untuk menghancurkan perniagaan rakan-rakan mereka sendiri.




EmoticonEmoticon