Sunday, 6 September 2015

Cari Kesalahan Diri Sendiri Buatlah Apa Yang Patut


Dalam hidup kita ini, tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Kesilapan kita ada yang kecil dan juga ada yang besar-besar. Hanya kesedaran sahaja yang dapat membantu diri kita untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan. Kesilapan kita adalah berpunca dari  kelemahan kita

Bagi aku, kesedaran bukan setakat kesedaran sahaja. Mengambil langkah tertentu untuk memperbetulkan segala kesilapan dan mengatasi segala kelemahan adalah langkah yang paling utama yang patut aku lakukan. Tetapi bukannya senang untuk melakukannya.

Dengan penuh kesedaran aku semak dan imbang atau 'check and balance' kembali segala kesilapan yang pernah aku lakukan selama ini. Ada juga kelemahan yang sampai sekarang ini aku rasakan cukup susah untuk aku memperbaikinya. Aku harap dan berdoa agar Allah memberi jalan terbaik kepada aku untuk memperbetul segala kesalahan aku.

Mungkin ada banyak lagi kesalahan dan kesilapan yang aku tidak dapat kesan. Apa yang aku paparkan adalah perkara yang aku sedar, dan inipun memakan masa berhari-hari. Pengalaman dan kesilapan aku tidak sama dengan orang lain. Cara untuk memperbaikinya mungkin sama saja kerana semua orang perlukan kesedaran untuk mula memperbaiki segala kesalahan.


KELEMAHAN DIRI SENDIRI DAN PERLU DIBAIKI

1. Suka bertangguh, procrastination -- Nak buat, buatlah sekarang. Jangan tangguh lagi -- Do it right now, don't delay.

2. Suka cari alasan supaya tidak buat -- Jangan kompromi dengan diri sendiri.

3. Tidak ada perancangan -- Buat perancangan.

4. Tidak ikut apa yang dirancang -- Ikut sahaja apa yang dirancang.

5. Perancangan yang boleh dicapai, bukan yang bukan-bukan -- Rancang mengikut kebolehan.

6. Agama itu penting -- Solat jangan tidak. Jangan bertangguh untuk mengerjakan solat.

7. Percaya sepenuh-penuhnya rezeki itu datang dari Allah -- Allah yang memberi rezeki kepada kita. Kita cuma berusaha sahaja, rezeki itu tetap datangnya dari Allah.

8. Berani -- Berani buat sesuatu dan gunakan akal. Anticipate masalah yang akan datang.

9. Singkap kembali perangai kita yang mudharatkan -- Jangan ulangi lagi perangai-perangai kita yang memudharatkan.

10. Rajin -- Jauhi sifat malas.

11. Doa -- Sentiasa berdoa kepada Allah.

12. Istiqamah -- Selalu mengerjakan, jangan berhenti.

13. Mencari jalan -- Selalu mencari jalan yang lebih baik, kajian seumpamanya. Sentiasa mencuba yang baru - inovasi.

14. Belajar -- Sentiasa belajar. Mesti ada sifat mahu belajar. Walaupun belajar dari kesalahan.

15. Bersungguh -- Mesti ada sifat bersungguh-sungguh. Buat apa pun mestilah bersungguh-sungguh.

16. Jujur dan lurus -- Jadilah orang yang jujur dan lurus. Lurus dan jujur pada diri sendiri dan dengan orang lain. Jangan tipu diri sendiri. Jangan tipu orang.

17. Ikhlas -- Segala-galanya buat dengan ikhlas. Buat kerana Allah.

18. Kemampuan -- Buat kerja ikut kemampuan.

19. Bersedekah -- Sentiasalah bersedekah, kerana rezeki itu datangnya dari Allah dan selalulah kena ingat rezeki itu bukan semuanya untuk kita. Beramallah dengan bersedekah.

20. Sikap -- Sikap yang selalu posotive. Jauhi sikap negative. Positive Mental Attitude. Sikap tak mahu mengalah. Sikap ingin maju.

21. Jangan berburuk sangka -- Jauhi sikap berburuk sangka. Sikap berburuk sangka amat merugikan.

22. Kuat tekad -- Will power, kuatkan tekad untuk membuat sesuatu benda.

23. Sabar -- Perlu ada kesabaran dalam membuat sesuatu perkara.

24. Sifat berterus terang -- Berterus terang lebih baik daripada berdiam diri dan menerima dengan tanpa rela yang boleh memudharatkan diri sendiri.

25. Keyakinan diri -- Perlu ada pada diri seseorang, self-confidence.

26. Jangan berat nak buat sesuatu -- Jauhi perasaan berat nat buat sesuatu, fikir yang baik. Ini ialah sikap negative. Lawan sikap berat dengan will power.

27. Jangan bebal -- Bebal adalah perangai negative. Jangan ikut syaitan.

28. Selalu bersyukur -- Berterima kasih kepada Allah.

29. Hala tuju -- Mempunyai hala tuju.

30. Matlamat -- Mesti tahu matlamat kita, apa perlu dibuat untuk mencapai matlamat.






EmoticonEmoticon