Friday 3 July 2020

Pengalaman Berguna Ketika Belajar Secara Online Semasa PKP

 Akan Kembali Sibuk Dan Ceria Sedikit Masa Nanti

Sekolah-sekolah di seluruh negara akan kembali ceria dengan kehadiran semua pelajar walaupun mengikut peringkat.

Telah diberitakan iaitu tarikh pembukaan sekolah bermula pada 15-07-2020 untuk tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1-4, dan tahun 5-6. Pada 22 -07-2020 sekolah dibuka ubtuk tahun 1-4.

Sekolah akan nampak sibuk dan ceria semula, bagi murid-murid yang suka ataupun tidak suka tetap akan hadir pada hari tersebut. Pelajaran itu penting.

Lebih kurang 4 bulan pelajar tidak dapat ke sekolah, dalam masa yang  sama itu juga mereka terpaksa mengikuti kelas secara online. Kalau nak dikira mereka tidaklah ketinggalan sangat, cuma cara belajar berlainan.

Apa yang saya dapat lihat, cara murid buat kerja sekolah secara online lebih berkonsentrasi berbanding dengan cara biasa mereka buat dan menghabiskan kerja sekolah di rumah.

Murid itu juga dapat mengadaptasikan diri mereka dengan cara-cara belajar secara yang lebih advance atau maju dengan kelebihan teknologi yang ada.

Kerja sekolah yang sudah siap oleh murid akan dipaparkan dalam grup masing-masing, secara psikologinya daya-saing dikalangan murid wujud dengan sendiri.

Untuk mencari fakta untuk menjawab soalan, pelajar hanya google sahaja dan kebanyakan apa yang dicari boleh didapati dengan mudah.

Nota-nota yang lengkap boleh dicopy dan pastekan saja dan kemudian dicetak untuk menjadikan buku rujukan jika inginkan secara fizikal. Kalau ada mesin pencetak lebih efisyen lagi nampaknya.

Murid juga dengan secara tak langsung dikawal oleh ibu bapa atau penjaga yang juga tidak boleh kemana-mana semasa PKP.

Dari sekarang murid akan nampak perbezaan belajar secara online dan secara biasa. Apakah kebaikan belajar secara online dan apa yang boleh kita dapat darinya.

Belajar depan screen seolah-olah satu berdepan satu walaupun dengan kelompok pelajar yang ramai. Lebih mudah pelajaran itu serap masuk ke dalam otak.

Kebaikan belajar secara atas talian nampak begitu terserlah, apatah lagi bagi mereka yang suka buat rujukan dan kajian untuk menambah baik lagi kepintaran seseorang murid itu dengan keterbukaan berfikir.

Bagi saya sebagai ibubapa, saya mengesyurkan belajar atau tuition  secara online disambung secara berkala kerana keberkesanannya sudah mula nampak dan meyakinkan.







EmoticonEmoticon