Mereka adalah penuntut-penuntut yang akan menduduki pepereksaan SPM, STPM, SVM dan STAM untuk kali ini.
Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah disarankan mematuhi segala peraturan di sekolah bagi mengelak sebarang kemungkinan berlakunya kembali pandemik Covid-19.
Rasanya pihak sekolah masing-masing telah mengatur beberapa langkah bijak bagi memastikan perjalanan pembelajaran di sekolah mereka dengan lancar.
Bagi perengkat seterusnya kelas-kelas bagi tingkatan 4, 3, 2, 1 dan sekolah rendah dikatakan akan dibuka semula mengikut perengkat.
Ibu Bapa dan Orang Awam
Buat masa sekarang ini ialah selamat dari ancaman Covid-19 adalah perkara utama bagi kita, walaupun nampaknya keadaannya sekarang ini semakin reda, berjaga-jaga adalah senjata utama kita buat masa ini.
Kita sebagai ibu bapa dan juga sebagai orang awam juga bertanggung jawab bagi menolong membenteras pandemik Covid-19 terhadap anak-anak dan diri kita sendiri.
Nasihatkan anak-anak kita supaya berdisiplin dan patuh dengan arahan pihak sekolah supaya dapat menghindari diri dari perkara yang tak diinginkan berlaku.
Kebijaksanaan Sekolah
Pihak sekolah terutamanya guru-guru memang diketahui telah bertungkus-lumus memastikan pelajaran murid tidak ketinggalan, dengan adanya kelas-kelas melalui online.
Belajar secara offline atau kelas biasa kali ini pasti akan membuatkan semua murid dapat menghayati pelajaran dengan sebaik mungkin, kerana semasa kelas online mungkin ada yang tercicir.
Kami sebagai ibu bapa juga mengharapkan supaya kelas secara online disambung secara berkala, katakan pada setiap hujung minggu sebagai kelas tambahan.
Cara ini juga dapat memastikan murid-murid belajar dengan lebih konsisten memandangkan banyak masa telah terbuang semasa PKP.
Apapun sebagai ibu bapa juga kami percaya bahawa pihak sekolah pandai dan dapat mengatur langkah terbaik yang disamping mengikut arahan dan peraturan SOP seperti yang telah disarankan.
EmoticonEmoticon