Tuesday 14 April 2020

Kalau Nak Berniaga Juga Ketika PKP Covid -19

Dalam keadaan pandemik Covi-19 ini, setelah kebanyakan aktiviti perniagaan dihentikan atau dihadkan termasuklah peniaga-peniaga kecil yang berkeliaran berniaga di sana-sini. Nak cari makan nampaknya agak susah sikit.

Walaupun ada bantuan kewangan dan makanan dari kerajaan, setakat manalah sangat bagi kita peniaga kecil nak menampung hidup seterusnya selagi pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Bagi warga peniaga kecil yang kebanyakan diklasifikasikan sebagai golongan B 40 sudah mula terasa perit dan risau apatah lagi jualan  mereka amat merosot sekali.

Semua orang sedar termasuklah kerajaan sendiri tentang masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini. Bagi sesetengah golongan ahli politik simpanlah dulu cita-cita nak jadi itu dan ini dalam keadaan pandemaik Covid-19 yang sedang berleluasa ini.

Peniaga kecil mahupun besar amat terkesan sekali dengan keadaan dan suasana PKP yang sebenarnya kita tidak tahu bilanya ia akan berakhir. Kita orang berniaga mestilah juga ada Plan B kononnya kena ‘ Hedge’ untuk lindungi nilai simpanan dan pendapatan kita.

Kita tidak ada jalan lain melainkan berniaga secara COD melalui online atau apa sekalipun. Memang sudah ada mereka yang menjalankannya, tetapi belum sepenuhnya.

Banyak cara kita boleh buat business secara COD ini, facebook, whasapp, telegram, panggilan terus dan banyak lagi cara untuk kita berniaga secara COD. Malah kita boleh iklankan di pokok-pokok, pagar dan lain-lain.

Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini sebenarnya, yang penting daya dan usaha kita, berfikiran kreatif dan positif. Bazar Ramadhan memang  tidak ada dan digantikan dengan e-bazar yang disebut-sebut, serupa sebenarnya dengan jualan COD, Cuma nama saja berlainan.

Kalau pasar Ramadhan tidak beroperasi, carilah tempat yang strategik dan laluan ramai dan bukalah tapak berniaga, tetapi mesti diingat jangan lupa pakai face mask dan sarung tangan. Bungkuslah makanan atau minuman siap-siap.

Peniaga-peniaga online juga boleh mengambil peluang yang ada untuk mempromosi pakaian raya, kueh raya dan apa yang bersangkutan dengan raya. In kerana kita tidak digalakkan berkumpul dan berpusu-pusu di gedung-gedung dan pasaraya.

Peniaga-peniaga dari golongan peminjam Mikro Kredit juga tidak perlu gusar sangat kerana tarikh dan masa bayar balik pinjaman dilanjutkan. Carilah peluang apa yang ada sementara Covid-19 masih ada. Allah sentiasa memberi tidak kira masa dan ketika. Alhamdullillah.







EmoticonEmoticon