Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts

Saturday 5 June 2021

Pengalaman Dari Mula Hingga Akhir Divaksinasi Untuk Dos 1


Bayangkanlah, betapa ramai kaum-kaum anti vaksin menular di media sosial terutamanya di FB dengan bermacam-macam cerita tentang bahaya yang boleh membuat ramai rakyat amat takut dengan vaksin.


Bukan setakat orang kita saja yang buat macam-macam cerita buruk tentang vaksin ini, kaum-kaum di sebelah baratpun ada yang buat macam tu juga. 


Apa tujuannya dan niat mereka buat macam tu akupun tak dapat tahu. Boleh jadi untuk berseronok-seronok tengok rakyat lain takut dan menderita akibat Covid-19. Mungkin ada tujuan lain.


Tetapi apapun perkara ini sudah reda dan rakyat sudah sedar betapa pentingnya kita perlu divaksinasikan. Terima kasih kepada seorang pemimpin, ramai  doktor-doktor dan ramai lagi yang menyedarkan kita tentang hal ini.


Dari rekod daripada ratusan orang yang pergi menerima vaksin, sekarang sudah menjadi ribuan rakyat yang berlumba-lumba nak menerima vaksin.


Aku sendiri telah divaksinkan pada kelmarin 1/06/2021 untuk jadual pukul 12.30 tengah hari. Alhamdulillah semuanya selamat. 


Setiba aku di Pusat Penerimaan Vaksin ( PPV ) Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim Alor Setar, ramai yang sudah bersedia untuk beratur nak masuk untuk discan menggunakan aplikasi mysejahtera masing-masing. 

 

Aku mula terasa dan nampak mereka yang datang berebut-rebut untuk ke hadapan. Kenapa berebut-rebut nak kehadapan? Yang datang kesemuanya termasuk aku nak selamat dan begitu takut dengan serangan Covid, rasanya itulah jawapannya.


Apa kata aku terangkan satu persatu bagaimana proses suntikan dijalankan hingga habis bagi suntikan untuk Dos 1 yang aku sendiri lalui : 


Untuk Permulaan – Boleh daftar mysejahtera melaui aplikasi PlayStore, tunggu hingga anda dipanggil. Mestilah selalu check di mysejahtera.


Langkah Yang Aku Dilalui Semasa Di tempat Menerima Vaksin:


Pertama,


- Bermula dengan beratur dan scan mysejahtera, kemudian diberi kad kecil dan seterusnya di tempatkan bi bawah bangunan luar stadium. 


- Dan kemudian ditempatkan ke kerusi bernombor dan mengisi borang di situ juga bagi yang mahu atau dibuat oleh waris masing-masing.


Kedua,


- Setelah selesai kami akan dipanggil ke satu sesi lagi untuk teruskan mengisi borang. 


Ketiga,


- Dan bagi yang sudah mengisi dengan lengkap, perlu menyerahkan borang kepada staff yang menjaganya. Borang itu disimpan sementara.


Keempat,


- Selepas serahkan borang yang diisi dan diserahkan, kami ditempatkan di hadapan dewan untuk dipanggil.


Kelima,


- Kami dipanggil kemudian dan diserah kembali borang yang telah kami isi itu, dan diarah untuk menuggu untuk ditemu duga. 


- Semasa ditemuduga aku diterang tentang vaksin yang akan disuntik. Semasa sesi ini juga aku ditanya tentang penyakit dan ubat-ubatan yang pernah aku gunakan.


Keenam,


- Kami dikehendaki untuk mendaftar selasai sahaja disoal jawab atau ditemuduga.


Ketujuh,


- Selepas mendaftar, kami diarahkan untuk  mengambil tempat dan giliran dihadapan bilik suntikkan. Satu baris seramai 6 orang semuanya.


Kelapan,


- Kami dipanggil seorang demi seorang untuk menerima suntikan vaksin.


Kesembilan,


- Selepas suntikkan kami dinasihatkan tentang apa yang perlu buat selepas suntikan jika apa-apa kemungkinan terjadi.


Kesepuluh,


- Kami diarah menyerah borang kembali ke sesi seterusnya untuk dipanggil sekali lagi dan di tanya beberapa soalan yang perlu.


Kesebelas,


- Kami diarah kesatu lagi sesi untuk dipanggil dan mendapat ujian darah tinggi. Ini adalah sesi terakhir.


Keduabelas,


- Selepas ujian darah tinggi kami diarah kesatu sudut untuk menyerahkan borang kepada pegawi bertugas dan dIberi kami satu ceraian borang yang telah kami isi dan memberi tahu tentang tarikh suntikan untuk dos yang kedua.


Penutup,


Segala-galanya sudah selesai dan merasa lega kerana telah divaksinasikan.  Ini baru suntikan vaksin sesi dos 1.


Inilah serba sedikit tentang dan cara aku mengambil langkah untuk berdaftar sehinggalah ke perengkat akhir suntikan. Tidak ada apa yang berlaku sebenarnya apabila kita mengambil suntikan ini.



Minta tolong supaya jangan dengar berita yang bukan-bukan yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan mereka. Ingatlah diri kita, keluarga kita dan kawan-kawan di sekelilingi kita. Semuanya nak selamat dan hidup bahagia tanpa COVID-19.


Friday 9 October 2020

Cara Memohon Rumah Zakat Percuma Bagi Yang Layak

Gambar hiasan

Saya sendiri tidak perasan selama ini yang Lembaga Zakat di negeri masing-masing ada memberi bantuan kepada orang ramai untuk membina dan membaik pulih rumah.


Orang ramai di sini dimaksudkan adalah mereka dari gulungan asnaf dan miskin. Sesiapa sahaja yang tidak mampu dan ada tanah sendiri atau dari milik keluarga boleh memohon.


Kadang-kala kita sendiri tidak sedar yang kita ini adalah orang yang  termasuk dalam gulungan asnaf atau miskin. Cuba kita semak balik apa itu asnaf dan miskin.


Kalau kita ada ramai anak, pendapatan tak seberapa mungkin umur sudah mencecah ke angka 50 an ke atas, tinggal di rumah sewa atau rumah sendiri yang sudah terlalu usang, pergilah ke Lembaga Zakat.


Bagi mereka yang sudah berumur kalau nak beli rumah memang bank pun sendiri susah nak terima. Memang tak layakpun, lainlah lah kalau boleh bayar cash. Cubalah juga bertemu Lembaga Zakat.


Kalau kita nak bina rumah sendiri sekalipun perlukan duit yang banyak, menjangka puluhan ribu sekurang-kurangnya. Pendapatan pula tidak mengizinkan. Cara terbaik juga perlukan pertolongan dari Lembaga Zakat.


Apakah kelayakan seseorang itu untuk memiliki rumah dari bantuan Zakat ? Saya syorkan anda yang berkehendakan bantuan cuba google saja dan cari maklumat tentang bantuan rumah  Zakat.


Bila anda sudah dapat maklumat tersebut, pergilah ke Pejabat  Zakat daerah atau negeri masing-masing untuk maklumat lanjut. Nescaya anda akan dapat sepenuhnya.


Setakat yang saya tahu, kalau anda berada di negeri Kedah, anda boleh berjumpa dengan qariah masjid masing-masing, tanyalah imam ataupun amil daerah itu.


Peringatan Sebelum Memohon Bantuan Dari Pejabat Zakat


Ini pendapat saya, rumah bantuan zakat memang diperuntukan untuk  golongan asnaf dan miskin. Sekali lagi saya nak beritahu, bukan semua orang sedar dan perasan mereka itu dari golongan itu.


Ada orang tak mampu nak beli rumah atau buat rumah sendiri kerana masalah kewangan berpanjangan. Dan di antara mereka ini ada tanah sendiri, sama ada tanah pusaka atau dari keluarga.


Ramai yang tak tahu  tentang peruntukan sebegini memang ada dari pihak Zakat. Saya sendiri tak tahu, setelah saya melawat seorang kawan mendiami rumah yang berkebetulan rumah bantuan zakat.


Sedikit Maklumat Tentang Permohonan


Sedikit panduan untuk sesiapa yang rasakan diri mereka layak untuk memohon bantuan rumah Zakat. Panduan ini bukan dari pihak Zakat, saya cuma beri maklumat setakat yang saya tahu.


- Golongan asnaf, fakir dan miskin – Sebagai pemohon, kita mestilah tahu kedudukan kita sebenarnya. 


- Memiliki tanah sendiri – Jika tanah pusaka yang belum dipecah, kita hendaklah mendapatkan surat bertulis dari waris-waris yang lain.

- Keizinan tuan tanah yang membenarkan kita membina rumah Zakat di atas tanahnya dengan keizinan bertulis.


- Menduduki rumah yang sangat usang di atas tanah sendiri, dan tidak berkemapuan memiliki rumah baru.


- Mesti menunjukan pendapatan seorang asnaf, fakir atau miskin – Contoh bawah RM 1000 sebulan atau sebagainya.


- Jangan ada unsur penipuan – Dah ada banyak tanah tetapi nak rumah percuma.


- Pemohon yang terlalu muda untuk memohon – Pemohon masih dan berkeupayaan membeli dan memiliki rumah sendiri.


- Seeloknya pemohon mestilah berumur 50 an keatas, ada banyak anak dan sebagainya.


Sebagai Peringatan


Setakat yang saya tahu, salah satu syarat utama untuk memohon rumah Zakat ini, memiliki tanah sendiri atau keizinan bertulis dari tuan tanah.


Sesiapa yang rasa diri mereka tidak layak, elok lah buat permohonan bantuan rumah cara lain seperti rumah PPRT dan sebagainya.


Bagi saya, jika kita faham betul-betul apa itu asnaf, fakir atau miskin, kita akan tahu bagaimana cara menempatkan diri kita dalam masyarakat. 



Bantuan bukan untuk selama-lamanya, tetapi berazam dan berusaha memperbaiki diri dan keluarga adalah lebih utama. Lepaskanlah diri kita dari kepompong kemiskinan, itu yang penting.


Friday 3 July 2020

Pengalaman Berguna Ketika Belajar Secara Online Semasa PKP

 Akan Kembali Sibuk Dan Ceria Sedikit Masa Nanti

Sekolah-sekolah di seluruh negara akan kembali ceria dengan kehadiran semua pelajar walaupun mengikut peringkat.

Telah diberitakan iaitu tarikh pembukaan sekolah bermula pada 15-07-2020 untuk tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1-4, dan tahun 5-6. Pada 22 -07-2020 sekolah dibuka ubtuk tahun 1-4.

Sekolah akan nampak sibuk dan ceria semula, bagi murid-murid yang suka ataupun tidak suka tetap akan hadir pada hari tersebut. Pelajaran itu penting.

Lebih kurang 4 bulan pelajar tidak dapat ke sekolah, dalam masa yang  sama itu juga mereka terpaksa mengikuti kelas secara online. Kalau nak dikira mereka tidaklah ketinggalan sangat, cuma cara belajar berlainan.

Apa yang saya dapat lihat, cara murid buat kerja sekolah secara online lebih berkonsentrasi berbanding dengan cara biasa mereka buat dan menghabiskan kerja sekolah di rumah.

Murid itu juga dapat mengadaptasikan diri mereka dengan cara-cara belajar secara yang lebih advance atau maju dengan kelebihan teknologi yang ada.

Kerja sekolah yang sudah siap oleh murid akan dipaparkan dalam grup masing-masing, secara psikologinya daya-saing dikalangan murid wujud dengan sendiri.

Untuk mencari fakta untuk menjawab soalan, pelajar hanya google sahaja dan kebanyakan apa yang dicari boleh didapati dengan mudah.

Nota-nota yang lengkap boleh dicopy dan pastekan saja dan kemudian dicetak untuk menjadikan buku rujukan jika inginkan secara fizikal. Kalau ada mesin pencetak lebih efisyen lagi nampaknya.

Murid juga dengan secara tak langsung dikawal oleh ibu bapa atau penjaga yang juga tidak boleh kemana-mana semasa PKP.

Dari sekarang murid akan nampak perbezaan belajar secara online dan secara biasa. Apakah kebaikan belajar secara online dan apa yang boleh kita dapat darinya.

Belajar depan screen seolah-olah satu berdepan satu walaupun dengan kelompok pelajar yang ramai. Lebih mudah pelajaran itu serap masuk ke dalam otak.

Kebaikan belajar secara atas talian nampak begitu terserlah, apatah lagi bagi mereka yang suka buat rujukan dan kajian untuk menambah baik lagi kepintaran seseorang murid itu dengan keterbukaan berfikir.

Bagi saya sebagai ibubapa, saya mengesyurkan belajar atau tuition  secara online disambung secara berkala kerana keberkesanannya sudah mula nampak dan meyakinkan.






Wednesday 24 June 2020

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 24 Jun 2020

Saya mengucapkan kepada murid-murid tingktan 5 dan 6 yang akan mengambil peperekasaan awam, selamat kembali dan memulakan sesi persekolahan  yang  bermula pada 24 jun 2020, iaitu hari ini.

Mereka adalah penuntut-penuntut yang akan menduduki  pepereksaan SPM, STPM, SVM dan STAM untuk kali ini.

Patuhi SOP – Prosedur Operasi Satandard
 

Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah disarankan mematuhi segala peraturan di sekolah bagi mengelak sebarang kemungkinan berlakunya kembali pandemik Covid-19.

Rasanya pihak sekolah masing-masing telah mengatur beberapa langkah bijak bagi memastikan perjalanan pembelajaran di sekolah mereka dengan lancar.

Bagi perengkat seterusnya kelas-kelas bagi tingkatan 4, 3, 2, 1 dan  sekolah rendah dikatakan akan dibuka semula mengikut perengkat.

Ibu Bapa dan Orang Awam

Buat masa sekarang ini ialah selamat dari ancaman Covid-19 adalah perkara utama bagi kita, walaupun nampaknya keadaannya sekarang ini semakin reda, berjaga-jaga adalah senjata utama kita buat masa ini.

Kita sebagai ibu bapa dan juga sebagai orang awam juga bertanggung jawab bagi menolong membenteras pandemik Covid-19 terhadap anak-anak dan diri kita sendiri.

Nasihatkan anak-anak kita supaya berdisiplin dan patuh dengan arahan pihak sekolah supaya dapat menghindari diri dari perkara yang tak diinginkan berlaku.

Kebijaksanaan Sekolah
 

Pihak sekolah terutamanya guru-guru  memang diketahui telah bertungkus-lumus memastikan pelajaran murid tidak ketinggalan,  dengan adanya kelas-kelas melalui online.

Belajar secara offline atau kelas biasa kali ini pasti akan membuatkan  semua murid dapat menghayati pelajaran dengan sebaik mungkin,  kerana semasa kelas online mungkin ada yang tercicir.

Kami sebagai ibu bapa juga mengharapkan supaya kelas secara online disambung secara berkala, katakan pada setiap hujung minggu sebagai kelas tambahan.

Cara ini juga dapat memastikan murid-murid belajar dengan lebih konsisten memandangkan banyak masa telah terbuang semasa PKP.

Apapun sebagai ibu bapa juga kami percaya bahawa pihak sekolah pandai dan dapat mengatur langkah terbaik yang disamping mengikut arahan dan peraturan SOP seperti yang telah disarankan.


Wednesday 23 November 2016

Taman Rekreasi Terbaru Ujana Peremba Di Alor Setar

Nama taman riadah terbaru ini ialah Ujana Peremba. Taman riadah ini belum lagi di buka secara rasminya namun pengunjung sentiasa ramai dengan gelagat masing-masing.

Taman riadah Ujana Peremba ini terletak di tempat yang juga namanya Peremba di sekitar Taman Samudera. Jauhnya dari dari Bandaraya Alor Setar hanyalah lebih kurang 2 kilometer.

Pasarana yang ada dan terdapat di taman ini termasuk tempat berjalan kaki dan berjogging. Beberapa tempat permainan kanak-kanak, beberapa tempat untuk bersenam.

Aktiviti sambil beriadah sudah menjadi kebiasaan di sini seperti bermain badminton dan sepak takraw bulatan. Ada yang berkasut roda, berbasikal dan ada yang bermain kereta mini.

Aku tidak tahu luas sebenar kawasan ini Ujana Peremba ini, tetapi ia memang nampak luas sekali tambah pula kawasan ini berkesinambungan dengan Mini Stadium Bandaraya yang mempunyai 2 padang.

Di salah satu padang inilah juara Piala Malaysia 2016 iaitu pasukan Kedah membuat latihan harian mereka.

Adanya taman riadah Ujana Peremba ini, maka nampak jugalah peluang-peluang untuk sesetengah orang mencari rezeki dengan menjual minuman dan makanan. Ada yang membuat sewa pakai kasut roda dan kereta mini. 

Suasana di sini nampak begitu muhibbah sekali. Semua kaum ada di sini. Kesemuanya datang untuk beriadah. Dari kanak-kanak kecil sampailah ke orang dewasa dan sehingga yang berusia emas.

Bagi mereka yang beriadah di sini, jika terasa lapar mereka tidak perlu risau kerana ada penjaja yang menjual minuman dan makanan snack di sini. Bersebelahanya juga ada ada medan selera dengan bebagai jenis makanan ada jual di sini.

Taman riadah Ujana Peremba ini telah menghidupkan kawasan ini dengan aktivi beriadah baik di waktu pagi mahupun di sebelah petang, sekali gus menampakan kecerian dan suasana muhibah penduduk di sini yang berbilang kaum.



ANDA PILIH SAHAJA KASUT JOGGING DI SINI
   




Monday 11 July 2016

Jadi Diri Kita Yang Baru Selepas Bulan Ramadhan

Hari raya sudah 5 hari berlalu. Yang tinggal hanyalah kita yang masih lagi dalam bulan syawal dan ramai yang sedang mengerjakan puasa 6. Bagi yang balik beraya di kampung banyak yang sudah beredar ke destinasi masing-masing.

Hari ini hari raya keenam. Kunjung mengunjung masih lagi rancak nampaknya. Seperti juga aku yang baru saja balik dari  berkunjung rumah mertua setelah menghadiri kenduri dan juga rumah terbuka di sana. Aku tinggal di Alor Setar dan mertua aku di Ijok, Perak.

Raya tahun ini okay sekali, rezeki pun mewah nampaknya. Allah yang bagi rezeki kepada kita. Dalam pada itu kita kena juga ingat kepada mereka yang kurang kemampuan, yang sedang menghadapi dugaan Allah yang lebih dasyat lagi daripada kita.

Bantulah mereka sekadar yang mampu. Rezeki yang Allah bagi, tetapi bukan untuk kita seorang. Apa salahnya kita bagi saja zakat hasil daripada perniagaan bulan puasa kita kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini kita naik, esok atau lusa belum tentu kita akan jadi seperti hari ini. Mungkin satu hari nanti kita sendiri akan berada di tempat seperti mereka, siapa tahu. Kesemuanya ini kehendak Allah semata-mata.

Amalan mulia yang paling mudah untuk kita buat ialah memberi. Memberi dengan ikhlas kepada yang memerlukan, bukan kepada yang sudah ada. Walaupun pemberian kita itu sedikit sangat, tetapi ada yang memerlukan. Itu sudah dikira bagus dan perbuatan memberi itu adalah satu amalan yang mulia.

Kalau nak dikira, bulan Ramadhanlah bulan yang memberi peluang kepada diri kita untuk merubahkan diri kita, walaupun sedikit. Dengan adanya amalan-amalan yang kita ikutinya dengan bersungguh-sungguh, insyaallah kita boleh teruskan berbuat demikian sehingga sampai bila-bila.

Seperti juga memberi, kita bersedekah dengan benar-benar ikhlas kerana Allah. Kita latih diri kita berdiam diri dari bercakap yang bukan-bukan ketika berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan praktikan sepenuhnya kerana Allah sampai bila-bila.

Banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan demi kerana Allah dan beristiqamahlah dengan amalan-amalan tersebut. Insyaallah kita akan menjadi diri yang baharu tidak seperti diri kita sebelumnya, percayalah.








Sunday 5 June 2016

Segarkan Kembali Tentang Ibadah Puasa


Salam, ini apa yang aku terima dari grup whatsapp aku tentang puasa. Harap-harap kita dapat segarkan balik apa yang kita dah belajar dulu-dulu, apa yang kita dah lupa tentang puasa.

Ulangkaji Bab Puasa

Niat Puasa :

"Sahaja aku berpuasa
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa :

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus
(Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.


Tingkatan Puasa :

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Ibu

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
In shaa Allah...