Friday 9 October 2020

Cara Memohon Rumah Zakat Percuma Bagi Yang Layak

Gambar hiasan

Saya sendiri tidak perasan selama ini yang Lembaga Zakat di negeri masing-masing ada memberi bantuan kepada orang ramai untuk membina dan membaik pulih rumah.


Orang ramai di sini dimaksudkan adalah mereka dari gulungan asnaf dan miskin. Sesiapa sahaja yang tidak mampu dan ada tanah sendiri atau dari milik keluarga boleh memohon.


Kadang-kala kita sendiri tidak sedar yang kita ini adalah orang yang  termasuk dalam gulungan asnaf atau miskin. Cuba kita semak balik apa itu asnaf dan miskin.


Kalau kita ada ramai anak, pendapatan tak seberapa mungkin umur sudah mencecah ke angka 50 an ke atas, tinggal di rumah sewa atau rumah sendiri yang sudah terlalu usang, pergilah ke Lembaga Zakat.


Bagi mereka yang sudah berumur kalau nak beli rumah memang bank pun sendiri susah nak terima. Memang tak layakpun, lainlah lah kalau boleh bayar cash. Cubalah juga bertemu Lembaga Zakat.


Kalau kita nak bina rumah sendiri sekalipun perlukan duit yang banyak, menjangka puluhan ribu sekurang-kurangnya. Pendapatan pula tidak mengizinkan. Cara terbaik juga perlukan pertolongan dari Lembaga Zakat.


Apakah kelayakan seseorang itu untuk memiliki rumah dari bantuan Zakat ? Saya syorkan anda yang berkehendakan bantuan cuba google saja dan cari maklumat tentang bantuan rumah  Zakat.


Bila anda sudah dapat maklumat tersebut, pergilah ke Pejabat  Zakat daerah atau negeri masing-masing untuk maklumat lanjut. Nescaya anda akan dapat sepenuhnya.


Setakat yang saya tahu, kalau anda berada di negeri Kedah, anda boleh berjumpa dengan qariah masjid masing-masing, tanyalah imam ataupun amil daerah itu.


Peringatan Sebelum Memohon Bantuan Dari Pejabat Zakat


Ini pendapat saya, rumah bantuan zakat memang diperuntukan untuk  golongan asnaf dan miskin. Sekali lagi saya nak beritahu, bukan semua orang sedar dan perasan mereka itu dari golongan itu.


Ada orang tak mampu nak beli rumah atau buat rumah sendiri kerana masalah kewangan berpanjangan. Dan di antara mereka ini ada tanah sendiri, sama ada tanah pusaka atau dari keluarga.


Ramai yang tak tahu  tentang peruntukan sebegini memang ada dari pihak Zakat. Saya sendiri tak tahu, setelah saya melawat seorang kawan mendiami rumah yang berkebetulan rumah bantuan zakat.


Sedikit Maklumat Tentang Permohonan


Sedikit panduan untuk sesiapa yang rasakan diri mereka layak untuk memohon bantuan rumah Zakat. Panduan ini bukan dari pihak Zakat, saya cuma beri maklumat setakat yang saya tahu.


- Golongan asnaf, fakir dan miskin – Sebagai pemohon, kita mestilah tahu kedudukan kita sebenarnya. 


- Memiliki tanah sendiri – Jika tanah pusaka yang belum dipecah, kita hendaklah mendapatkan surat bertulis dari waris-waris yang lain.

- Keizinan tuan tanah yang membenarkan kita membina rumah Zakat di atas tanahnya dengan keizinan bertulis.


- Menduduki rumah yang sangat usang di atas tanah sendiri, dan tidak berkemapuan memiliki rumah baru.


- Mesti menunjukan pendapatan seorang asnaf, fakir atau miskin – Contoh bawah RM 1000 sebulan atau sebagainya.


- Jangan ada unsur penipuan – Dah ada banyak tanah tetapi nak rumah percuma.


- Pemohon yang terlalu muda untuk memohon – Pemohon masih dan berkeupayaan membeli dan memiliki rumah sendiri.


- Seeloknya pemohon mestilah berumur 50 an keatas, ada banyak anak dan sebagainya.


Sebagai Peringatan


Setakat yang saya tahu, salah satu syarat utama untuk memohon rumah Zakat ini, memiliki tanah sendiri atau keizinan bertulis dari tuan tanah.


Sesiapa yang rasa diri mereka tidak layak, elok lah buat permohonan bantuan rumah cara lain seperti rumah PPRT dan sebagainya.


Bagi saya, jika kita faham betul-betul apa itu asnaf, fakir atau miskin, kita akan tahu bagaimana cara menempatkan diri kita dalam masyarakat. 



Bantuan bukan untuk selama-lamanya, tetapi berazam dan berusaha memperbaiki diri dan keluarga adalah lebih utama. Lepaskanlah diri kita dari kepompong kemiskinan, itu yang penting.



EmoticonEmoticon