Untuk buat duit dengan bermain saham, ada beberapa perkara yang kita mesti patuhinya. Sebelum kita jadikan permainan saham ini sebagai salah satu sumber kewangan kita.
Perkara seperti,
- Modal Yang Mencukupi
- Perlu Memilih Jenis Saham Yang Sesuai
- Kemahiran Dalam Permainan Saham
Saya lebih suka
meletakkan fakta di atas sebagai syarat yang mesti ada untuk diri kita,
jika kita ingin bergelumang dengan permainan saham ini. Dan saya juga pasti
kita susah kecundang dalam permainan ini.
Walaupun syarat
seperti modal dan kemahiran yang kita ada, ia tidak bererti kita bermain
dalam kesemua jenis saham yang ada di pasaran.
Setiap jenis saham
mempunyai cara main yang berbeza jika kita ingin meraih keuntungan. Dan
kebolehan kita juga bergantung kepada taraf sesuatu jenis pasaran
saham.
1.
Bermula Dengan Modal Yang Mencukupi
Air banyak ikan
tak mati, itulah perumpamaan bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi pelabur,
modal yang cukup itu amat penting untuk kita mulakan permainan saham kita.
Kita boleh bermain dengan modal yang tipis ataupun cukup-cukup makan, tetapi
ianya mungkin boleh mengganggu ketenangan kita dan agak susah untuk kita
menguruskannya.
Dengan modal yang mencukupi, kita sendiri boleh letakkan diri kita di
tempat yang sesuai sebagai seorang trader, menjadi seorang day trader, trader
jangka pendek atau panjang atau sebagainya.
2. Perlu Memilih Jenis Saham Mana Yang Sesuai
Seperti yang saya terangkan di atas, tidaklah semestinya kita main kesemua
jenis pelaburan yang ada di pasaran.
Jenis saham pula berbagai ada
jenis seperti saham amanah, saham stok dan berbagai lagi termasuk
pasaran hadapan dan kewangan.
Dalam hal ini, saya tidak mahu
sentuh tentang pasaran hadapan dan juga pasaran kewangan lain, kerana
kedua-duanya bagi saya tidak sesuai dibincang dalam tulisan ini.
Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah tentang pasaran
saham biasa dari Bursa Malaysia dan cara menguruskannya dan
menguntungkan. Ada orang panggil saham stok.
Saham stok di Malaysia
ini adalah saham yang menjadi pilihan kepada banyak pelabur. Kita juga dapat
mengawal saham kita kerana sesetengah platform mempunyai order ‘ stop loss
‘.
Walaupun saham share seperti ini agak berisiko tinggi, tetapi
dengan adanya beribu-ribu kaunter, ia memberi peluang kepada kita untuk buat
pilihan yang terbaik. Modal untuk melabur adalah penuh 1:1, tidak ada
leverage.
a- Saham Patuh Syariah
Saham jenis ini wujud hasil dari kesedaran pelabur yang ingin
melabur dan tidak mahu terlibat dengan perkara yang tidak mengikut hukum
syariah.
Di ketahui Bursa Malaysia mempunyai sebanyak 696 kaunter
yang patuh syariah. Jadi, pelabur muslim sudah tentu tidak perlu risau lagi
tentang keseluruhan kaunter-kaunter ini.
Bagi pelabur akaun patuh
syariah ini perlu buka akaun yang dipanggil CDS iaitu Central Depository
System jika ingin berurusniaga. Juga akaun dan setelah selesai, bolehlah
deposit untuk membuat trade.
Kita boleh meneruskan membuat trading
cara sendiri dan boleh juga melalui Remisier.
b.
Saham Tidak Patuh Syariah
Kalau kita ingin mencari makan
dengan bermain saham secara professional dan jika seorang muslim, eloklah
hindarkan diri kita dari saham seperti ini. Apapun terpulang kepada diri
masing-masing.
3.
Kemahiran Dalam Permainan Saham
Seorang yang pakar
dalam permainan saham tidak bermula dengan kepandaian. Nak jadi pandai
mestilah kena belajar. Belajar juga ada bermacam-macam cara.
Ada
yang belajar cara berguru dan ada juga belajar secara sendiri termasuk secara
online. Apapun caranya, yang penting dapat menguruskan saham dengan baik dan
menguntungkan.
Dalam dunia pelaburan dan saham, seseorang yang
dikatakan berkemahiran itu bukan sekadar buat trade, ia juga mempunyai
kemahiran yang menyeluruh dari segala-segi tentang saham.
a.
Berkemahiran Dalam Urusan Kewangan Saham – Money Management.
- Pandai membuat bajet untuk sesuatu kaunter yang ingin
diuruskan.
- Kecekapan dalam percaturan untung dan rugi untuk sesuatu
transaksi.
- Sentiasa mengawal kedudukan kewangan bagi segala transaksi
yang dijalankan.
b. Mempunyai Kemahiran Dan Kebolehan Membuat Analisis
Teknikal Dan Fundamental.
- Menganalisis pergerakan harga sesuatu kaunter itu dengan
menggunakan carta. Intepretasi dengan bijak dengan indicator melalui carta.
-
Menganalisis pasaran melalui berita, event dan segala yang bersangkutan
dengan perkembangan ekonomi semasa mahupun poltik semasa.
c.
Kemahiran Memilih Kaunter Yang Ada Potensi Untuk Diuruskan Dengan
Mendapat Keuntungan.
- Menganalisis prestasi sesebuah
syarikat tersenarai di bursa untuk mengkaji potensi tinggi untuk dilabur.
- Menganalis untuk mengenal syarikat tersebut dengan
pergerakan harga dan hala tujunya secara teknikal.
- Menganalis secara fundamental dan teknikal tentang keadaan
sesuai untuk masuk ( beli ) atau keluar ( jual ) pasaran.
Dalam
permainan saham ini realitinya ialah, mestilah ada duit ataupun modal yang
mencukupi dan perlu berkemahiran mengendalikan urusan jual beli saham dan
pelaburan mereka.
Langkah-Langkah Untuk Bermula Bermain Saham
1. Jika sudah ada modal yang mencukupi.
2.
Bersedia mengharungi bidang saham ini, mental dan fizikal.
3.
Belajar cara-cara bermain saham atau ikuti kursus tentang saham.
4.
Cari broker saham dan buka akaun CDS, ada yang saham Patuh Syariah.
5.
Mulalah berurusniaga, samada buat trade sendiri atau melalui Remisier.
Sumber Belajar Sebelum Bermain Saham
>
Selain dari kursus saham, anda boleh memahirkan diri dengan
laman-laman yang mempunyai sumber pengetahuan tentang saham seperti
Tradingview dan Chartnexus, secara percuma.
Akhir kata,
Permainan saham adalah permainan bagi orang yang ada duit, dan
duit itu mestilah mencukupi bagi menanggung segala kemungkinan yang akan
berlaku akibat dari kemungkinan terjadinya kesilapan.
Kesilapan
yang terjadi adalah biasa bagi seorang trader saham yang tidak kira apa
bentuknya saham itu dan siapakah pemain itu.
Seorang pemain saham
tidak kira asal usul gurunya, Teknikal atau Fundamental, setiap kali ia sedar
akan kesilapan dan setiap kali itu juga dapat memperbetulkannya adalah dikira
sukses.
Yang paling penting kita mesti tahu dan sedar tentang
kesilapan kita dan seperti mana kita mesti tahu mengapa kita untung dan kenapa
kita rugi dalam permainan kita.
Nota :
Ulasan ini
sesuai bagi mereka yang baru dan ingin menceburkankan diri dalam bidang saham
stok ini. Jika anda inginkan penerangan yang lebih terperinci perlu berjumpa
mereka seperti Remisier atau berurusan terus dengan broker-broker yang ada.
EmoticonEmoticon