Sunday 16 August 2015

Makan Buah Dokong Cicah Dengan Garam

Ramai orang dok kata makan buah dokong boleh mengakibatkan badan kita rasa sengal-sengal, sakit sini dan sakit sana. Tetapi apa yang aku tahu bila makan buah dokong pertama sekali lepas makan aku terasa sengkak. Perut kembung, dan nak makan benda lain rasa tak boleh masuk lagi.

Begitulah penangan makan buah dokong, apapun lain orang lain rasa dan pengalamannya. Perut aku kembung sebenarnya mungkin kerana terlalu banyak makan buah dokong, rasa-rasa akulah. Kalau terlalu banyak makan, makan apapun akan terasa kembung, mungkin penangan makan dokong agak lain macam sedikit.

Malamnya aku tak ambil apa-apa makanan pun, tidur awal dan terasa juga badan menjadi berat. Selalunya aku pantang tidur awal, memang lewat, macam-macam aku buat tengok facebooklah, tengok forexlah dan banyak benda lagi sehinggalah makan masa sampai pukul dua pagi dan kekadang lanjut sampai subuh pun ada.

Buah dokong rasanya sedap, tidak terlalu mahal harganya, nak pula makan buah yang besar-besar memang best. Makcik jiran sekampung aku selalu berpesan kalau nak makan buah dokong cicahlah dengan garam, kerana garam boleh melawan rasa sakit sengal-sengal dan rasa ketidak-selesaan apabila selepas makan buah dokong.

Aku dah cuba, mungkin aku hanya terasa kembung perut dan berat badan kerana terlalu banyak makan buah dokong. Tetapi dengan ikhlas aku katakan, memang aku tidak rasa sengal-sengal dan sakit sini dan sana, aku amat bersyukur sekali. Anda boleh cuba juga ikut petua ini, manalah tahu kot-kot ia menjadi.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon