Hari ini tanggal 31hb Ogos 2015, hari merdeka negara aku yang tercinta, Malaysia. Aku memang malas nak kemana-mana hari ini, nak pergi tengok perayaan sambutan merdeka pun terasa malas. Duduk di rumah tonton sahaja TV rasanya lebih baik. Aku tahu pukul 7.30 di Dataran Merdeka segalanya akan bermula.
Aku, isteri aku, dan kedua-dua anak perempuan aku memang sepakat nak menonton pembarisan hari kemerdekaan melalui TV sahaja. Isteri aku awal-awal lagi sudah masak nasi lemak dan sambal tumis telur. Makan sambil menonton TV memang seronok sekali. Kami menonton sehingga habis pembarisan dan sehinggalah sampai berangakatnya pulang Yang Di Pertuang Agong.
Berikan semangat patriotik kepada anak-anak memang patut dilakukan oleh ibu bapa, aku juga ingin berbuat begitu. Aku juga ingin menjadi bapa yang bertanggung jawab kepada negara ini, sekurang-kurangnya bagi pandangan mata anak-anak aku. Sebaik-baiknya bagi pandangan mata mereka kamilah ibu bapa yang sedar diri dan berterima kasih kepada negara kita sendiri.
Kita tidak boleh tunjuk sombong dan tidak berterima kasih kepada negara kita Malaysia. Kita tidak boleh menjadi rakyat yang mudah lupa seperti " kacang lupakan kulit ". Kita juga kena ingat, selama kita tinggal di negara ini belum pernah lagi kita dengar rakyat mati kerana tak makan. Rakyat asing sanggup bergadai nyawa ke Malaysia demi mencari kesenangan, apatah lagi kita yang tinggal di bumi sendiri. Aku selalu ingatkan anak-anak aku tentang ini. Jangan menumpang di negara sendiri.
Tengah seronok aku memberi penerangan fasal Malaysia dan pembangunan, tiba-tiba sahaja anak sulung aku bertanyakan sesuatu.
" Pasai apa Tun Mahathir tak mai abah?" aku hanya diam, tetapi isteri aku yang jawab,
" Depa tak jemput, macam mana nak mai " isteri aku sambung lagi,
" Itu la orang kata, sehati tak semesti sejiwa ",
" Betui juga no " jawab aku.
EmoticonEmoticon