Friday 2 October 2015

Cari Duit Lebih Dengan Melabur


Zaman sekarang ini jika kita hendak melabur untuk mencari wang tambahan tidaklah susah sangat seperti zaman dulu-dulu.

Zaman 60'an atau 70'an, kalau kita hendak melabur memang susah. Selepas terlancarnya skim Amanah Saham Nasional di awal tahun 80'an.

Baru  kita terasa melabur itu tidaklah sesusah mana dan tidaklah memerlukan modal yang besar. Kita boleh melabur dengan RM 10 sahaja pada masa itu.

Selepas skim Amanah Saham Nasional dilancarkan, ramai telah sedar terutamanya orang melayu bahawa melabur itu penting untuk masa depan. Bayangkan pada masa itu, bonus dan dividen mampu mencecah paras 10% malah melebihi dari itu pada satu ketika.

Taraf pencapaian ini juga telah menjadikan ASN sebagai satu instrumen kewangan sandaran bagi intitusi-intitusi kewangan lain seperti bank dan syarikat insurans membuat keuntungan di atasnya.

Pihak bank telah memberi peluang kepada orang ramai untuk meminjam semata-mata untuk membeli saham ASN. Ada juga syarikat insurans menjadikan ASN sebagai sandaran bagi pemegang polisi dari syarikat mereka. Bayangkan berapa ramai ejen insurans dari syarikat itu buat duit pada masa itu.

Cerita ASN mampu memberi 10% sudah menjadi nostalgia. Sekarang dan pada masa ini berapa berapa banyak yang kita boleh dapat dengan melabur dengan saham amanah ?

Ramai orang sudah tahu saham amanah, shares, mutual fund, investment link dari insurans dan macam-macam lagi jenis pelaburan sampailah ke pelaburan forex yang menjadi kontravesi sehingga di bawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan di atas isu hukum haram dan halalnya.

Masyarakat sudah bijak tentang ekonomi dan pelaburan. Meraka sudah kenal apa itu pelaburan, bayangkan pelaburan forex yang dikatakan haram sekalipun sudah menjadi punca pendapatan tambahan kepada ramai orang.

Secara individu, masih ramai pemain forex tidak dapat menerima bahawa forex itu haram. Bermain forex tidak haram hukum selagi kita dapat mengikut syarak. Tetapi bermain forex melalui internet adalah haram bagi kerajaan kita.





EmoticonEmoticon