Friday 2 October 2015

Berjaga-jaga Terhadap Anjing Gila


Walaupun keadaan sekarang agak reda dengan penularan wabak anjing gila atau rabies, kita tidak boleh leka dengan keadaan reda ini. Selalulah kena beringat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang penduduknya berbagai kaum. Kalau di kawasan kampung memang jarang sekali kita lihat kelibat anjing, kalau adapun cuma anjing mana-mana yang sesat.

Aku tinggal di kawasan kampung, tetapi kawasan di sekeliling kampung aku adalah taman-taman perumahan yang didiami oleh berbagai kaum. Kawasan perumahan melayu memang jarang sekali ternampak anjing. Tetapi di kawasan bersebelahan dengannya adalah kawasan perumahan yang didiami oleh orang-orang cina. Di sana memang terdapat banyak anjing, samada anjing pelihara mahupun anjing liar.

Aku sendiri pernah dikejar oleh anjing liar semasa aku bermotosikal menghantar anak aku ke sekolah pada satu pagi. Kami terpaksa melalui jalan di taman itu kerana jalan biasa penuh sesak dengan kenderaan. Jalan yang aku lalui adalah jalan pintas. Bayangkan sedangkan aku yang bermotosikal boleh dikejar si anjing liar itu, bagaimana pula dengan kanak-kanak sekolah yang selalu berbasikal menggunakan jalan itu.

Aku ingin sarankan di sini, walaupun keadaan sudah nampak reda, kita tidak boleh leka dan sentiasalah berjaga-jaga terutamanya bagi kanak-kanak. Aku sendiri bimbang dengan keadaan ini, tambahan pula anak-anak aku masih kecil lagi sedangkan kami memang tinggal di salah satu negeri yang telah diistiharkan sebagai kawasan penularan wabak anjing gila ataupun rabies.


EmoticonEmoticon