Saturday 3 October 2015

Penghantar Tong Gas Berpendapatan Lumayan


Lihat sahaja kepada orang ini, beliau adalah penghantar tong gas ke rumah-rumah dan juga ke kedai-kedai. Agak-agak anda berapakah pendapatannya setiap bulan? Mereka mampu meraih pendapatan melebihi RM 100 sehari. Jika dikira pukul rata sebulan setidak-tidaknya mereka mendapat sebanyak RM 3000 sebulan. Ini dikira pendapatan biasa, mereka boleh mendapat lebih daripada itu.

Jangan kita pandang rendah kepada pakaian mereka, dan pekerjaan mereka, mereka mampu mendapat pendapatan sebanyak itu tanpa mengeluarkan modal besar. Mereka hanya mengeluarkan duit mingak yang tidak sampaipun RM 5 sehari. Mereka memperolehi pendapatan lebih banyak dari sesetengah orang.

Penghantar gas di tempat aku adalah mereka yang paling popular sekali. Kebanyakan orang kenal mereka, orang politik di kawasan akupun kenal dan baik dengan mereka. Mereka adalah orang penting di kawasan aku, lebih penting dari cikgu, ustaz, kerani, petani mahupun orang politik. Kalau tidak ada mereka ini, kebanyakan dapur kita tidak akan berasap. Mereka dikira orang penting di tempat kami.

Cuba bergaul dengan mereka dalam satu jam dan kita cuba perhatikan talipon siapakah yang paling kerap berdering? Ya, memang talipon merekalah yang paling kerap berbunyi. Mereka ini boleh dikatakan tidak boleh duduk diam, tidak kiralah hujan, panas dan jerebu sekalipun  mereka tetap berada di atas jalan membuat penghataran kepada pelanggan. " Customer comes first " Itulah persepsi mereka terhadap pelanggan.

Orang yang paling kerap dijemput ke kenduri kahwin di kawasan aku, aku rasa merekalah. Boleh dikatan kebanyakan kenduri kahwin di tempat kami, merekalah yang selalu dijemput. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di sini memang kenal mereka. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa merekalah sebenarnya " Duta " bagi kawasan kami.  

 


EmoticonEmoticon