Tuesday 6 October 2015

Bermain Sepak Raga Bulatan


Aku tinggal di kampung yang tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar. Di sekeliling kampung aku adalah taman-taman perumahan. Pasar besar Alor Setar juga tidak jauh dari rumah aku. Aku boleh berjalan kaki sahaja jika aku hendak ke pasar besar. Bangunan berkembar dengan pasar besar adalah pasaraya Billion. Berhadapan dengan pasaraya Billion adalah tempat letak kereta di miliki Majlis Bandaraya Alor Setar.

Tempat letak kereta ini adalah tempat yang strategik juga kerana bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di kawasan ini. Setiap hari ahad ada pasar malam dan pada bulan puasa tempat ini dijadikan bazar ramadhan. Adakalanya kawasan ini di adakan funfair. Banyak event boleh diadakan di kawasan letak kereta ini.

Yang seronoknya di tempat ini pada sebelah petangnya terdapat beberapa kumpulan bersukan sambil santai dengan bermain sepak raga bulatan. Di kawasan ini, sepak raga bulat sudah menjadi permainan biasa dan pemain-pemain yang datang bermainpun memanglah muka-muka  yang aku selalu nampak. Sekali sekala ada juga muka baru.

Pemain sepak raga bulatan di sini bukannya orang-orang baru, mereka adalah orang lama dan mereka juga pemain yang ada " skill " Mereka bukan calang-calang pemain, ada di antara mereka pernah bermain sepak takraw untuk negeri, khususnya negeri Kedah. Ada juga yang pernah bermain untuk Malaysia dan juga di antara pemain pasukan Malaysia pada zaman itu yang selalu mengalahkan pasukan Thailand.








  

3 comments

Sepak raga lebih seronok, lebih friendly berbanding sepak takraw ni..

Sepak raga lebih seronok, lebih friendly berbanding sepak takraw ni..

Setuju, memang seronok dan sungguh friendly. Dan lagi ia satu senaman yang kebanyakan orang boleh buat.


EmoticonEmoticon