Tuesday 23 February 2016

Berniaga Barang Secara Ansuran

Fan Cooler ini juga boleh dibeli secara ansuran

Dalam dunia ini macam-macam perniagaankita boleh buat selagi ianya halal dari segi ugama Islam dan tidak melanggar undang-undang. Tidak hairanlah ramai terdapat warga asing datang ke Malaysia ini hanya bertujuan untuk berniaga.
 

Kebanyakan warga asing yang datang berniaga di negara kita ini berugama Islam. Mereka tahu orang Islam asing sudah mendapat tempat di hati orang-orang melayu khususnya. Orang melayu akan beli daripada mereka ini lebih-lebih lagi mereka memberi hutang dan mengutipnya secara ansuran.

Kenapa orang melayu tidak mahu buat business seperti mereka? Bukan tidak ada, tetapi hanya sedikit sangat orang melayu yang buat. Kita boleh jual dari sekecil-kecilnya barang sehingga sebesar-besarnya barang, pasti ada pembelinya.

Pelanggan barangan ansuran sememangnya ramai, kita tidak perlu takut. Dan pelanggan juga tidak perlu ke kedai untuk mencari barang yang mereka mahu. Peniaga-peniaga ini ada menyediakan katalok atau cakap sahaja barang apa sahaja, mereka akan mencarinya.

Ramai orang yang sanggup berhutang kalau kena gaya harga dan kualiti barangnya. Barangan seperti talipon bimbit, tv, kasut, peti ais, barang kemas dan penghawa dinginpun ada, pendek kata bermacam-macam barang boleh dibeli dari peniaga-peniaga ini.

Walaupun perniagaan ini nampaknya senang dan menguntungkan, kita kena juga ambil kira tentang pelanggan yang berhutang. Mengutip hutang juga boleh jadi masalah tetapi itu bukanlah perkara utama.

Peniaga itu sendiri mestilah pandai memilih pelanggan supaya tidak terkena teruk dengan mereka. Perniagaan jenis ini kalau dijalankan dengan betul dan berhati-hati memang dapat memberi pendapatan yang lumayan dan mudah untuk mengembangkannya.

 




EmoticonEmoticon