Suami atau isteri atau kedua-duanya kalau mengharungi hidup berumah tangga mengikut ego dan perasaan, maka kemusnahanlah destinasi terakhir hidup rumah tangga mereka. Kedua-duanya mestilah beralah, secepat mungkin, buangkan ego masing-masing secepat mungkin kalau sedar diri sudah ditadbir oleh ego dan perasaan.
Pemimpin juga, kalau memimpin mengikut ego dan emosi yang tak terkawal maka akan hancurlah organisasi yang dipimpinnya. Orang yang berego tebal tidak dapat mengawal diri mahupun kumpulan yang dipimpinnya dengan tidak ada sifat tolak ansur, tidak boleh dikritik dan tidak boleh menerima nasihat akan menjunam akhirnya.
Setiap insan ada ego masing-masing, ada yang tinggi egonya dan ada yang tidak. Ego dan perasaan yang tak mahu mengalah mestilah dibuang jauh-jauh atau simpan di mana-mana supaya ia tidak mengacau pemikiran kita. Bendung dan kawallah ego dan perasaan kita kalau kita tidak dapat melontarnya jauh-jauh.
Penerbit terkenal lagu ' We Are The World ' Quincy Jones pernah menampal perkataan ' Check Your Egos At The Door ' berdekatan pintu masuk studio semata-mata hendak mengingatkan bahawa kesemua 46 penyanyi terkenal dan kaya raya itu tidak terbawa-bawa dengan ego masing-masing semasa merakamkan lagu itu. Mereka harus ada satu tujuan, ya itu menjadikan project ' We Are The World ' berjaya.Akhirnya projek itu benar-benar berjaya.
Kita tidak nampak kepada ego, tetapi ia datang bersama perasaan yang memang tidak dapat dikawal sama sekali. Ia datang secara spontan dan sekali gus menggerakan rasa ego kita untuk memuncak. Kalau kita melayan perasaan ego, apabila sampai ke satu tahap ego akan megawal perasaan kita secara keseluruhan dan membolehkan kita menjadi riak dan sifat riak itu tidak disukai oleh Allah, beringatlah.
Dalam diri kita hendaklah ada sifat rasional. Rasional dapat pecahkan perasaan ego yang tidak menentu. Rasional berada dalam pemikiran sedar berlawanan dengan sifat ego yang selalunya berada di kelompok perasaan tidak sedar. Oleh itu selalulah membuat rasional apabila terasa diri sudah dikawal oleh ego.
EmoticonEmoticon