Saturday 12 March 2016

Simpan 10% Sahaja Untuk Masa Depan


Bila sebut sahaja tentang simpan duit, aku selalu teringat semasa aku mengikuti sesi motivasi business dulu yang dikelolakan oleh seorang Instructor kami tentang konsep simpanan dan cara menjadi jutawan.

Dia sebut tentang sistem 7:2:1. Katanya sistem ini ada yang diperolehi dari buku 'The Riches Man In Babylon'. Pada masa itu aku memang tidak tahu langsung tentang buku ini.

Dalam kursus itu, katanya pendapatan yang kita dapat atau perolehi hendaklah dan semestinya kita simpan 10%. Bagaimana kita susah sekalipun jangan kita usik langsung duit itu.

Tentang 20%nya pula kita boleh gunakan untuk bayaran-bayaran seperti hutang dan jangan melebihi dari itu. Apa jadi sekalipun kita jangan bayar hutang melebihi daripada itu.

Selainnya yang 70% itu kita gunakan untuk perbelanjaan. Apa jadi sekalipun jangan gunakan duit kita melebihi dari itu untuk perbelanjaan.

Yang seronoknya, instructor kami ini, mencabar kami untuk amalkan sistem ini. Katanya, 'jika kamu mengamalkan sistem ini dan tidak menjadi jutawan, datanglah jumpa saya dan saya akan potong jari saya'
   
Instructor kami ini begitu yakin tentang konsep simpanan 7:2:1 ini. Aku ketika itu sememangya dalam keadaan 'blur' dan konsep simpanan ini tidaklah aku fokuskan sangat.

Selang beberapa tahun aku menceburi bidang insuran dan pelaburan, baru aku terfikir tentang logiknya sistem 7:2:1 itu. Ketika itu juga aku sudah memiliki buku The Richest Man In Babylon.

Memang ada kebenaran kata instructor kami itu, jika betul-betul kita ikuti sistem itu memang kita tidak akan jadi susah. Peluang untuk menjadi jutawan pun memang ada cuma masa sahaja yang menentukan.

Bagi aku,diantara konsep 7:2:1 itu, yang 1 atau 10% itu perlu dijaga dengan betul-betul. Tujuh puluh dan dua puluh - 7:2 boleh diolah-olahkan lagi asalkan ia tidak melebihi dari 90%. Lagi kurang lagi bagus.

Sistem 7:2:1 sebenarnya mengajar kita supaya berdisiplin. Ia juga mengajar kita supaya bebelanja mengikut kemampuan. Kita juga perlu berusaha untuk menjaga harta kita dan meningkatkan pengetahuan dan kebolehan agar harta kita tidak habis dengan sia-sia malah perlu menambahkannya.

Ada diantara kawan-kawan pernah bertanya kepada aku, bagaimana hendak melaksanakan cara ini jika hutang mereka sahaja sudah melebihi 100%? Jawapan aku senang sahaja, ' pandai-pandailah'





EmoticonEmoticon