Wednesday 23 March 2016

Penawar Gout


Aku terima whatsapp baru-baru ini memberi tahu tentang penawar gout yang dia dapat katanya berita dari seberang. Oleh kerana aku sendiri mengalami gout aku rasa elok juga aku sampaikan kepada sesiapa yang belum tahu tentang ini.

Di bawah ini aku cedok dari apa yang di hantarkan kepada whatspp aku:

Penawar Gout:
Jangan bergantung dengan ubat kimia - Jika anda ada gout; cukup minum ramuan ini sekali saja!

Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Saya tak mampu solat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. Saudara saya beri kapsul gout dari Amerika. Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT saya ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun. Masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya saya sakit apa ya? Saya jawap gout Pak. Cuba cari sebiji nenas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg berterusan minumlah 3 bulan sekali. Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout saya dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji nenas yg masak .
- Lobak putih kira kira 250 gram.
- 3 biji buah keras.

Sumber: Penawar Gout:

Bahan kedua:
Penurun gout dan pembersih kristal pada ginjal. Ini ramuannya:

1. 10 gelas air mineral.
2. 5 biji epal di potong 4 jangan di kupas kulitnya.
3. 5 helai daun sireh.
4. 1 biji buah nenas yg masaik.
5.  2 ketul halia.
6. Gula batu (gula melaka) 1/4 aja.

Rebus bahan tadi selama 35-40 minit hingga menjadi minuman kira-kira 5-6 gelas. Jadikan minuman.

Dari: Teman di Indonesia.
Selamat Mencuba.

Aku sendiri belum mencubanya dan kerana sakit gout aku pun belum sampai lagi, insyaalah aku pasti akan mencubanya. Dan lagi bahan yang digunakan bukanlah bahan yang haram.

Monday 21 March 2016

Berhati-hati Dengan Apa Yang Kita Makan


Kita, apa yang kita makan. Kalau kita selalu makan makanan yang bergaram lebih, peluang untuk kita mendapat darah tinggai adalah cerah. Jika jika amalkan makanan yang bergula lebih, peluang untuk mendapat penyakit kencing manis juga berpotensi.

Begitu juga dengan penyakit gout, jika kita selalu dan mengamalkan makan makanan yang banyak protin seperti kekacang makanan laut dan lain-lain, maka peluang untuk mendapat penyakit gout memangnya luas.

Apa yang aku cakapkan tadi adalah makanan yang kita tahu akibatnya jika kita mengambilnya terlalu berlebihan. Banyak jenis makanan jika kita mengamalkan terlampau-lampau akan mudaratkan diri kita sendiri.

Segala makanan dan amalan yang aku sebutkan di atas semua yang kita tahu. Banyak lagi benda-benda makan yang kita ambil tetapi kita tak tahu apa yang ada di dalamnya,  makanan itu.

Makanan seperti nasi lemak memang menjadi kegemaran semua bangsa di negara kita. Walaupun nasi lemak sudah menjadi makanan semua bangsa, untuk membelinya kita harus tahu siapa yang menjualnya.

Janganlah menjadi seperti apa yang aku terima dari whatsapp dari grup aku yang menceritakan tentang penjual nasi lemak orang dari seberang yang bertempat di kawasan Damansara. Berpakaian seperti orang islam, rupa-rupanya ia memang bukan islam dan menjual nasi lemak berlaukkan rendang babi.

Jangan kata mereka pembeli orang islam tertipu, kita sendiripun kalau kurang siasat tentang penjual nasi lemak itu mungkin akan tertipu.

Orang kita memang senang memerima orang-orang yang beridentitikan islam. Kita mudah sekali menerima mereka, tidak kira dari mana mereka datang asalkan mereka islam kita akan menerimanya.

Yang tak eloknya ada di antara mereka yang bukan islam menggunakan identiti islam untuk membuat duit dan mengaut untung. Ini yang tidak baiknya dan yang penting sekali kita sendirilah mesti kaji selidik tentang mereka.



Saturday 12 March 2016

Simpan 10% Sahaja Untuk Masa Depan


Bila sebut sahaja tentang simpan duit, aku selalu teringat semasa aku mengikuti sesi motivasi business dulu yang dikelolakan oleh seorang Instructor kami tentang konsep simpanan dan cara menjadi jutawan.

Dia sebut tentang sistem 7:2:1. Katanya sistem ini ada yang diperolehi dari buku 'The Riches Man In Babylon'. Pada masa itu aku memang tidak tahu langsung tentang buku ini.

Dalam kursus itu, katanya pendapatan yang kita dapat atau perolehi hendaklah dan semestinya kita simpan 10%. Bagaimana kita susah sekalipun jangan kita usik langsung duit itu.

Tentang 20%nya pula kita boleh gunakan untuk bayaran-bayaran seperti hutang dan jangan melebihi dari itu. Apa jadi sekalipun kita jangan bayar hutang melebihi daripada itu.

Selainnya yang 70% itu kita gunakan untuk perbelanjaan. Apa jadi sekalipun jangan gunakan duit kita melebihi dari itu untuk perbelanjaan.

Yang seronoknya, instructor kami ini, mencabar kami untuk amalkan sistem ini. Katanya, 'jika kamu mengamalkan sistem ini dan tidak menjadi jutawan, datanglah jumpa saya dan saya akan potong jari saya'
   
Instructor kami ini begitu yakin tentang konsep simpanan 7:2:1 ini. Aku ketika itu sememangya dalam keadaan 'blur' dan konsep simpanan ini tidaklah aku fokuskan sangat.

Selang beberapa tahun aku menceburi bidang insuran dan pelaburan, baru aku terfikir tentang logiknya sistem 7:2:1 itu. Ketika itu juga aku sudah memiliki buku The Richest Man In Babylon.

Memang ada kebenaran kata instructor kami itu, jika betul-betul kita ikuti sistem itu memang kita tidak akan jadi susah. Peluang untuk menjadi jutawan pun memang ada cuma masa sahaja yang menentukan.

Bagi aku,diantara konsep 7:2:1 itu, yang 1 atau 10% itu perlu dijaga dengan betul-betul. Tujuh puluh dan dua puluh - 7:2 boleh diolah-olahkan lagi asalkan ia tidak melebihi dari 90%. Lagi kurang lagi bagus.

Sistem 7:2:1 sebenarnya mengajar kita supaya berdisiplin. Ia juga mengajar kita supaya bebelanja mengikut kemampuan. Kita juga perlu berusaha untuk menjaga harta kita dan meningkatkan pengetahuan dan kebolehan agar harta kita tidak habis dengan sia-sia malah perlu menambahkannya.

Ada diantara kawan-kawan pernah bertanya kepada aku, bagaimana hendak melaksanakan cara ini jika hutang mereka sahaja sudah melebihi 100%? Jawapan aku senang sahaja, ' pandai-pandailah'




Tuesday 23 February 2016

Berjaga-jagalah Dengan Penipu Cyber


Sudah 2 -3 kali aku menerima panggilan dari mereka yang bernombor private, aku terus tidak layan dan kadangkala aku biarkan ia bercakap sendiri. Mungkin si pemanggil ini sedar yang ia tidak dilayan lalu ia sendiri berhenti dan offkan taliponnya.

Aku memang agak susah nak layan jika panggilan itu datangnya dari orang yang aku tidak kenali. Aku mungkin akan dengar dulu apa yang mereka cakap, kalau terasa pelik aku akan offkan saja talipon aku. Jika orang itu benar-benar kenal kita semestinya ia akan beritahu siapa dia.

Baru tadi aku terima dari Whatsapp group kami memberi amaran atau warning tentang panggilan dari 'Con man' tentang mereka ini cuba membuat penipuan tentang akaun bank.

Aku ingatkan perkara penipuan macam ini sudah pun berlalu, rupa-rupanya masih ada lagi kaki-kaki ini berleluasa dan menjalankan penipuan. Maklum sajalah orang tak nampak muka mereka.

Mereka akan menggunakan taktik yang menyatakan akaun anda telah dibekukan oleh sesetengah bank, ini akan membuatkan kita jadi panik. Dan kalau anda terima email sekalipun menyatakan tentang akaun anda, jangan layan. Jika mereka berkehendakan kita klik di mana-mana website, tolong jangan berbuat demikian.

Cerita ini mungkin sudah lama tetapi apapun kita kenalah berhati dari terkena. Aku tahu yang banyak orang sudah tahu tentang perkara ini, tetapi sebagai insan aku nak sampaikan juga kepada mereka yang masih belum tahu lagi perkara ini.



Berniaga Barang Secara Ansuran

Fan Cooler ini juga boleh dibeli secara ansuran

Dalam dunia ini macam-macam perniagaankita boleh buat selagi ianya halal dari segi ugama Islam dan tidak melanggar undang-undang. Tidak hairanlah ramai terdapat warga asing datang ke Malaysia ini hanya bertujuan untuk berniaga.
 

Kebanyakan warga asing yang datang berniaga di negara kita ini berugama Islam. Mereka tahu orang Islam asing sudah mendapat tempat di hati orang-orang melayu khususnya. Orang melayu akan beli daripada mereka ini lebih-lebih lagi mereka memberi hutang dan mengutipnya secara ansuran.

Kenapa orang melayu tidak mahu buat business seperti mereka? Bukan tidak ada, tetapi hanya sedikit sangat orang melayu yang buat. Kita boleh jual dari sekecil-kecilnya barang sehingga sebesar-besarnya barang, pasti ada pembelinya.

Pelanggan barangan ansuran sememangnya ramai, kita tidak perlu takut. Dan pelanggan juga tidak perlu ke kedai untuk mencari barang yang mereka mahu. Peniaga-peniaga ini ada menyediakan katalok atau cakap sahaja barang apa sahaja, mereka akan mencarinya.

Ramai orang yang sanggup berhutang kalau kena gaya harga dan kualiti barangnya. Barangan seperti talipon bimbit, tv, kasut, peti ais, barang kemas dan penghawa dinginpun ada, pendek kata bermacam-macam barang boleh dibeli dari peniaga-peniaga ini.

Walaupun perniagaan ini nampaknya senang dan menguntungkan, kita kena juga ambil kira tentang pelanggan yang berhutang. Mengutip hutang juga boleh jadi masalah tetapi itu bukanlah perkara utama.

Peniaga itu sendiri mestilah pandai memilih pelanggan supaya tidak terkena teruk dengan mereka. Perniagaan jenis ini kalau dijalankan dengan betul dan berhati-hati memang dapat memberi pendapatan yang lumayan dan mudah untuk mengembangkannya.

 



Monday 22 February 2016

Berniaga Apam Balik Boleh Untung

Lihat sahaja kepada gerai apam balik nipis peniaga ini, deretan belanga apam baliknya sudah cukup kuat menunjukan bahawa perniagaan orang ini adalah laris. Dia mampu menjual 500 biji apam balik sehari dalam lebih kurang 3-4 jam.

Kawasan tempat perniagaan bukanlah sibuk dan sangat, tetapi lokasi gerainya dan apam baliknya yang rangup ditambah dengan pelbagai rasa jagung, kacang dan masin manisnya membuat pelanggan selalu kesini untuk membeli apam baliknya. Saya sendiri boleh dikatakan juga pelanggan tetapnya.

Perniagaan apam balik nipis adalah satu lagi perniagaan yang boleh dikatakan mempunyai prospek yang baik jika dilakukannya dengan betul. Kita boleh berniaga apam ini balik secara part-time juga, tetapi ada ramai juga peniaga apam balik berniaga secara sepenuh masa.

Kalau nak berniaga apam balik nipis tidaklah susah sangat asalkan ada kemahuan ingin mencari duit lebih. Nak dapat resepinya juga tidak susah, google sahaja dan dapatlah. Kemudian pandai-pandailah tambah baik kualiti apam balik anda itu.

Peralatan apam balik nipis mestilah kena ada. Belanganya, dapurnya dan kesemua perkakasan untuk menyediakan apam balik hendaklah disediakan.

Dalam perniagaan apam balik nipis, rasanya, bahan didalamnya, harga dan juga servisnya hendaklah diambil kira. Pelanggan tidak akan lari kalau kesemua yang disebutkan tadi
Dikendalikan dengan baik sekali.

Thursday 19 November 2015

Berniaga Berdekatan Kawasan Sekolah Menguntungkan


Menjaja di kawasan sekolah sudah menjadi satu trend dan juga menguntungkan. Bagi penjaja yang mendapat peluang berniaga di tempat sebegini sepatutnya bersyukur. Bukan semua penjaja dapat berniaga di kawasan sebegini.

Apa yang aku lihat di kawasan tempat aku tinggal, kawasan sekolah rendah menjadi tumpuan penjaja menjual barangnan mereka. Ada yang jual ice cream, minuman, makanan seperti burger, bihun, mee dan juga nasi. Kebanyakan harga di sini amat berpatutan.

Pasaran di kawasan sini memang baik. Penjaja berpeluang menjual barangan mereka ketika balik sekolah. Inlah waktu puncak mereka ia itu sekitar pukul 1.20 tengahari sampailah ke waktu pelajar Kafa masuk kelas ugama untuk sesi petang ia itu sekitar pukul 2.30 petang.

Pelajar sekolah rendah tidak banyak kerenah, apa yang dijual itulah yang dimakan dan diminum. Makanan dan minuman hendaklah bersih dan jauhilah dari makanan yang mudah memudaratkan pelajar. Janganlah menjual makanan yang kita sendiri tidak tahu samada ianya halal ataupun tidak.