Tuesday, 14 June 2022

Jom Kita Buat Duit Untuk Lawan Inflasi

Kita semua tahu yang negara kita sedang dihimpit dengan keadaan harga barang naik yang begitu menyacak sekali. Boleh dikatakan kebanyakan  jenis barang baik yang diimport mahupun juga barang tempatan seperti barang makanan dan sebagainya.

Keadaan ini amat membimbangkan kita. Tetapi masakan tidak ada jalan langsung  untuk kita melawan keadaan semacam ini ? Ada, kita perlu buat kerja yang pendapatannya dalam bentuk mata wang asing  seperti USD agar kita dapat melawan inflasi secara peribadi.

Wang dalam bentuk USD ini bukan setakat melawan inflasi malah ia dapat dijadikan sebagai pelindung nilai kepada kedudukan kewangan kita. Dan sekurang-kurangnya dapat memperkuatkan lagi ekonomi peribadi kita.

Selain dari itu, hasil dari mata wang asing atau USD yang kita miliki itu juga dengan kadar dan nilainya berlipat kali ganda boleh kita jadikan sebagai pelindung nilai kepada kedudukan kewangan kita.

Dengan berkedudukan begini juga dengan secara otomatiknya dapat memperbaiki ekonomi peribadi dan keluarga kita demi masa depan kita.

Kita perlu masukkan wang asing ke negara kita kerana setakat sekarang ini nilai wang kita tidak sekuat mana. Dengan memasukkan wang asing ke negara kita, wang kita sendiri akan bertambah banyak dan menguatkan lagi kuasa membeli kita.

Apa yang aku maksudkan, membuat kerja-kerja yang boleh memberi pulangan dalam bentuk matawang yang lebih tinggi dari matawang kita, contohnya mendapat untung atau upah dari matawang USD.

Kalau 1 USD ditukarkan ke matawang kita ialah RM 4.39 sekarang ini, banyak tu sebenarnya. Itu baru 1USD, katakan kita mampu membawa balik wang 100 USD atau Dollar. Kalau 100 USD, bermakna kita sudah mempunyai RM sebanyak 100 x 4.39 = 439, itu duit kita.

Sebaik-baiknya kita hindarkan membeli barang dari luar negara bagi yang kurang mampu dan kita bawa duit dari luar melalui pertukaran wang asing. Aku rasa ada banyak juga cara kita boleh buat.

Ada 4 Cara Yang Tidak Susah Sangat Membawa Wang Asing Ke Negara Kita

1.    Mencari Duit Lebih Kadar Matawang USD Melalui Aplikasi 

Bermain apps misalnya dengan membawa balik wang USD ke negara kita, bermain selalunya jarang menggunakan modal seperti daftar untuk buat survey, main game dan sebagainya. 

 

Ada banyak aplikasi yang memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk matawang USD. Ada banyak aplikasi sebenarnya untuk kita buat duit walaupun tidak seberapa. 

 

Walaupun pulangan dari aplikasi ini tidak sebanyak mana, tetapi setakat hendak selesaikan masalah bayaran bil-bil bulanan saya rasa boleh diatasi. Janji dapat mendapat ganjaran yang konsisten.
 

2.    Ceburkan Diri Dalam Pelaburan Luar Dengan Bayaran Bentuk USD 

 

Melabur dalam pelaburan juga boleh membantu kita melindungi nilai kewangan kita. Cari pelaburan yang membayar dalam bentuk USD  seperti pelaburan emas spot, permainan komoditi dan juga forex. 

 

Bagi mereka orang lama dalam forex aku rasa mereka memang faham dengan permainan ini. Keluarkan modal tidak sampai RM 300 dan mampu membawa wang asing bentuk Dollar dan darapkannya dengan Rm 4.39. 

 

Tidak hairan jugalah terdapat ramai orang-orang muda di negara kita menikmati kehidupan selesa dan mampu memakai kereta-kereta  mewah dan sebagainya. 

 

Jika ingin menceburkan diri dalam pelaburan, sekurang-kurangnya mesti ada pengetahuan. Tetapi pengetahuan itu boleh dicari dan banyak sekali sumber tentang pengetahuan boleh didapati walaupun melalui internet sahaja.

3.    Menjadi Wakil Pemasaran Atau Affiliate 

 

Mencari pekerjaan sebagai ejen atau affiliate yang membayar dalam matawang USD. Membuat kerja-kerja affiliate juga boleh membantu kita mengukuhkan lagi ekonomi kita.  

 

Banyak sekali syarikat di sebelah Amerika Syarikat dan Eropah menyediakan barangan yang kita boleh mewakili mereka sebagai affiliate. Barang kesihatan misalnya ataupun barangan fesyen dan banyak lagi. 

 

Jangankan syarikat dari Amerika dan Eropah sahaja yang memberi ganjaran dengan mata wang yang tinggi, syarikat-syarikat di sebelah China juga memberi ganjaran affiliate dalam bentuk USD. 

 

Kerja-kerja affiliate tidak memerlukan modal tetapi bayaran yang diterima mata wang asing berbentuk USD. Sudah terbukti ramai diantara affiliate atau IB untuk broker forex sudah menjadi jutawan.
 

KALAU INGIN MMBUKA AKAUN FOREX ISLAMIC DI SINI

4.    Melabur, Menyimpan Emas Fizikal Dan Digital

Menyimpan dan melabur dalam emas banyak kelebihannya. Emas dikatakan dapat mengalis inflasi kerana emas mampu bertahan kestabilan harga begitu lama.

Berbanding dengan wang yang juga dipanggil ‘ fiat ‘ money selalu dihimpit inflasi dengan nilai menurun yang tidak ada sokongan. Tidak boleh buat sandaran untuk nilai masa hadapan ( future value ).

Dikatakan juga melabur dan menyimpan emas sebagai pelindung nilai  dalam jangka panjang. Dalam negara kita juga ada beberapa syarikat memberikan perkhidmatan ini dan ada yang patuh syariah.

Kita boleh saja beli emas semasa harga turun dan jualnya pula semasa harga naik. Tetapi dalam jual beli emas ini perlu juga tahu sedikit sebanyak tentang urusniaga emas ini. Apapun Ia tidaklah susah sangat.

Ada syarikat yang memberi peluang kepada kita untuk menyimpan dan melabur serendah-rendah RM 10 sahaja. Keadaan modal pelaburan yang rendah ini tentu sekali membuka jalan pelaburan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Akahir kata,
 

Tidak ada jalan lain untuk menahan dari musibah ekonomi yang melanda diri kita. Usaha membenteras inflasi sebenarnya bermula dari diri kita.

Dalam keadaan yang meruncing ini, kita perlukan lebih banyak wang untuk mendapatkan benda yang sama seperti tahun yang lepas. Kemampuan untuk membeli semakin berkurangan, jadi bersiap sedialah jika keadaan ini benar-benar menghimpit kehidupan kita.

JIKA INGIN MEMBUKA AKAUN FOREX ISLAMIC DI SINI

Monday, 30 May 2022

Selesai Masalah Insuran Kereta Motor Lebih Cepat Dan Jimat

Boleh dikatakan ½ dari hidup kita banyak bergantung kepada  teknologi digital untuk membuat urusan, salah satunya ialah perkhidmatan insuran melalui atas talian.
 

Urusan seperti insuran kereta dan motor boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat hanya melalui atas talian sahaja. Sungguh canggih zaman sekaran ini
 

Banyak sekali perkhidmatan insuran untuk orang ramai telah dijalankan secara alam maya atau online. Memperbaharui cukai jalan, insuran nyawa, kad perubatan mahupun kereta dan motor sudah dapat dikendalikan secara online sahaja.
 

Masyarakat kini tidak perlu bimbang lagi tentang bagaimana nak memperbaharui insuran kereta atau motor mahupun cukai jalan. Kini kita tidak perlu bersusah payah lagi mencari syarikat insuran untuk selesaikan masalah kita.
 

Selesaikan sahaja masalah insuran kereta dan motor kita secara atas talian sahaja disamping kita dapat menjimatkan wang, masa  dan keringat kita.
 

Masalah Yang Selalu Dihadapi Ketika Ingin Memperbaharui Insuran Kenderaan Kita
 

-    Jika  kita selama ini perlu bersusah payah kesana sini mencari syarikat insuran kereta atau motor, kini kita boleh selesaikan masalah kita secara online sahaja.
-    Kesuntukan masa kerana komitmen harian yang juga boleh menyusahkan.
-    Terpaksa mengupah ‘ runner ‘ dan perlu dibayar untuk perkhidmatan mereka.
-    Mencari kadar insuran termurah semata-mata demi penjimatan.
 

Insuran Online Menjadi Penyelesai Masalah
 

Zaman sekarang ini pula kita sendiri terikat dengan perlbagai komitmen seperti bekerja siang dan malam mencari rezeki. Hendak menjaga keluarga sendiripun sudah menjadi tidak sempurna lagi.
 

Keadaan yang baharu saja reda dari PKP akibat dari Covid 19 dan bemacam masalah yang menjadikan diri kita lebih sibuk dari keadaan biasa kita. Bagaimana pula dengan urusan penting yang lain seperti menyelesaikan masalah insuran kereta dan motor kita.
 

Perkhidmatan urusan insuran kereta dan motor secara online memang dapat menolong kita dan sudah pastinya dapat meringankan bebanan komitmen harian kita.
 

Diantara Syarikat Insuran Yang Mengendalikan Insuran Kenderaan Online:
 

1.    Berjaya Sompo Motoycycle
2.    Berjaya Sompo MotorNow
3.    Policy Street Motor
 

Diantara Tempat-Tempat Yang Mengendalikan Road Tax Online :
 

1.    my Sikap
2.    MyEG
3.    Autoroadtax

 Penutup,
 

Zaman serba canggih dan sibuk ini, semua orang berlumba-lumba untuk mencari rezeki tidak kira siang atau malam. Masing-masing sudah tidak berupaya lagi untuk membuang masa membuat kerja-kerja yang boleh menjejaskan pendapatan mereka. 

 

Teknologi telah banyak menolong masyarakat dunia bagi menyelesaikan masalah yang ada, dengan menggunakan teknologi digital termasuklah penyelesaian memperbaharui insuran, lesen dan road tax secara online.

 

Saturday, 5 June 2021

Pengalaman Dari Mula Hingga Akhir Divaksinasi Untuk Dos 1


Bayangkanlah, betapa ramai kaum-kaum anti vaksin menular di media sosial terutamanya di FB dengan bermacam-macam cerita tentang bahaya yang boleh membuat ramai rakyat amat takut dengan vaksin.


Bukan setakat orang kita saja yang buat macam-macam cerita buruk tentang vaksin ini, kaum-kaum di sebelah baratpun ada yang buat macam tu juga. 


Apa tujuannya dan niat mereka buat macam tu akupun tak dapat tahu. Boleh jadi untuk berseronok-seronok tengok rakyat lain takut dan menderita akibat Covid-19. Mungkin ada tujuan lain.


Tetapi apapun perkara ini sudah reda dan rakyat sudah sedar betapa pentingnya kita perlu divaksinasikan. Terima kasih kepada seorang pemimpin, ramai  doktor-doktor dan ramai lagi yang menyedarkan kita tentang hal ini.


Dari rekod daripada ratusan orang yang pergi menerima vaksin, sekarang sudah menjadi ribuan rakyat yang berlumba-lumba nak menerima vaksin.


Aku sendiri telah divaksinkan pada kelmarin 1/06/2021 untuk jadual pukul 12.30 tengah hari. Alhamdulillah semuanya selamat. 


Setiba aku di Pusat Penerimaan Vaksin ( PPV ) Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim Alor Setar, ramai yang sudah bersedia untuk beratur nak masuk untuk discan menggunakan aplikasi mysejahtera masing-masing. 

 

Aku mula terasa dan nampak mereka yang datang berebut-rebut untuk ke hadapan. Kenapa berebut-rebut nak kehadapan? Yang datang kesemuanya termasuk aku nak selamat dan begitu takut dengan serangan Covid, rasanya itulah jawapannya.


Apa kata aku terangkan satu persatu bagaimana proses suntikan dijalankan hingga habis bagi suntikan untuk Dos 1 yang aku sendiri lalui : 


Untuk Permulaan – Boleh daftar mysejahtera melaui aplikasi PlayStore, tunggu hingga anda dipanggil. Mestilah selalu check di mysejahtera.


Langkah Yang Aku Dilalui Semasa Di tempat Menerima Vaksin:


Pertama,


- Bermula dengan beratur dan scan mysejahtera, kemudian diberi kad kecil dan seterusnya di tempatkan bi bawah bangunan luar stadium. 


- Dan kemudian ditempatkan ke kerusi bernombor dan mengisi borang di situ juga bagi yang mahu atau dibuat oleh waris masing-masing.


Kedua,


- Setelah selesai kami akan dipanggil ke satu sesi lagi untuk teruskan mengisi borang. 


Ketiga,


- Dan bagi yang sudah mengisi dengan lengkap, perlu menyerahkan borang kepada staff yang menjaganya. Borang itu disimpan sementara.


Keempat,


- Selepas serahkan borang yang diisi dan diserahkan, kami ditempatkan di hadapan dewan untuk dipanggil.


Kelima,


- Kami dipanggil kemudian dan diserah kembali borang yang telah kami isi itu, dan diarah untuk menuggu untuk ditemu duga. 


- Semasa ditemuduga aku diterang tentang vaksin yang akan disuntik. Semasa sesi ini juga aku ditanya tentang penyakit dan ubat-ubatan yang pernah aku gunakan.


Keenam,


- Kami dikehendaki untuk mendaftar selasai sahaja disoal jawab atau ditemuduga.


Ketujuh,


- Selepas mendaftar, kami diarahkan untuk  mengambil tempat dan giliran dihadapan bilik suntikkan. Satu baris seramai 6 orang semuanya.


Kelapan,


- Kami dipanggil seorang demi seorang untuk menerima suntikan vaksin.


Kesembilan,


- Selepas suntikkan kami dinasihatkan tentang apa yang perlu buat selepas suntikan jika apa-apa kemungkinan terjadi.


Kesepuluh,


- Kami diarah menyerah borang kembali ke sesi seterusnya untuk dipanggil sekali lagi dan di tanya beberapa soalan yang perlu.


Kesebelas,


- Kami diarah kesatu lagi sesi untuk dipanggil dan mendapat ujian darah tinggi. Ini adalah sesi terakhir.


Keduabelas,


- Selepas ujian darah tinggi kami diarah kesatu sudut untuk menyerahkan borang kepada pegawi bertugas dan dIberi kami satu ceraian borang yang telah kami isi dan memberi tahu tentang tarikh suntikan untuk dos yang kedua.


Penutup,


Segala-galanya sudah selesai dan merasa lega kerana telah divaksinasikan.  Ini baru suntikan vaksin sesi dos 1.


Inilah serba sedikit tentang dan cara aku mengambil langkah untuk berdaftar sehinggalah ke perengkat akhir suntikan. Tidak ada apa yang berlaku sebenarnya apabila kita mengambil suntikan ini.



Minta tolong supaya jangan dengar berita yang bukan-bukan yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan mereka. Ingatlah diri kita, keluarga kita dan kawan-kawan di sekelilingi kita. Semuanya nak selamat dan hidup bahagia tanpa COVID-19.


Tuesday, 25 May 2021

Jom Jadi Agen Broadband TM Unifi, Streamyx, Time dan Maxis

Ini adalah satu peluang yang perlu kita rentap, peluang jana wang tambahan tak kira sama ada kita masih bekerja, yang sudah berhenti kerja, mahupun yang akan berhenti kerja.


Menjadi Agent Internet Broadband adalah satu peluang untuk semua orang, siapa yang ada kemahuan dan rajin dialah yang akan mendapat ganjaran lumayan.


Dalam keadaan Covid19 yang semakin bertambah buruk ini, elok saja bagi yang sudah hilang pekerjaan, yang ingin mencari duit secara part-time dengan tak payah keluar rumah supaya dapat jauhkan diri dari dijangkiti, aku rasa inilah pekerjaan yang terbaik.


Pasaran untuk Broadband - Wifi terbuka luas termasuk :


1. Pelajar sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi lain memerlukan internet untuk belajar secara online. Mereka ini memerlukan kelajuan intrenet yang tidak memberi gangguan semasa belajar.


2. Begitu juga dengan penggemar dan peminat TV juga akan mendapat kemanfaatan sepenuhnya apabila memiliki internet broadband seperti Unifi dengan beberapa pakej yang istimewa dan menguntungkan disediakan.


Broadband dan Pakej Yang Anda Boleh Pasarkan:


Ada banyak broadband dan pakej anda boleh pasarkan termasuklah pakej Unifi, Maxis, Time, Streamyx, Astro Broadband dan banyak lagi anda boleh buat duit dengan syarikat ini.


Apabila anda menjadi agent, anda akan berpeluang menjana pendapatan dengan 2 cara :


1. Sebagai agent anda berpeluang membina network sendiri dan mendapat komisyen sampai ke level ke 3 dengan ganjaran yang lumayan.


2. Anda berpeluang menjual broadband dengan mendapat komisyen yang setinggi 180% + 



Daftar percuma sebagai Authorised Agent di sini


Membuka network sendiri


Cara mempromosi akan ditunjukkan apabila anda mohon dan layak sebagai agent nanti. Sebagai agent, jika anda ingin membina network sendiri, anda hanya perlu cari dan sponsor sesiapa sahaja yang ingin menjadi agent.


Orang di bawah anda juga berpeluang menjadi seperti anda membuka network sendiri dan orang dibawahnya juga berpeluang membuka network sendiri. Peluang diberi sama rata sebenarnya.


Sistem referral ini memberi jalan terbaik kepada anda untuk buat duit sampai ke level 3 di bawah anda. Senang saja.


Satu benda yang saya ingin sampaikan di sini, untuk mendapat ribuan RM, setiap orang hanya perlu menjual sekurang-kurangnya satu order. 


Ia akan menjadi ribuan RM apabila kesemua agent termasuk diri sendiri menjual salah satu dari package unifi ini. Ini adalah satu kenyataan, lihat saja  bagaimana anda boleh mencapai ribuan RM dengan mudah seperti yang akan ditunjukkan.


Jika anda sebagai agent, dan setiap downline anda dapat membuat jualan walaupun satu sahaja dari beberapa pakej Unifi sebagai contoh, pasti ribuan RM akan datang kepada anda.


Sila lihat pada ganjarannya dibawah ini :

Anda boleh bermula dengan percuma sebagai Authorised Agent di sini 


Menjual package Unifi atau yang lain secara sendiri


Bagi agent yang sanggup kerja kuat dan yang mempunyai tenaga lebih, mereka ingin menjual dari mencari downline. Banyak cara mereka boleh buat untuk mencari jualan seperti :


1. Mempromosi melalui social media seperti Facebook, Instagram dan juga Telegram.


2. Membuka website sendiri ataupun blog sendiri.


3. Menjual secara terus atau offline dengan kena caranya.


Sebenarnya sebagai agent, setiap dan individu itu ada cara tersendiri untuk mencari duit tambahan ini. Kalau tidak tak akan ada agent-agent lama membuat kerja ini dari dulu hingga sekarang.


Akhir kata,


Bagi aku elok buat kedua-duanya sekali, menjual dan mencari downline. Kedua-duanya baik dan percayalah kita akan mencapai berapa amaun yang kita kehendaki jika kita rancang dari bermulanya kita sebagai agent. Selamat mencuba.


Sila daftar percuma untuk buat duit sebagai Authorised Agent di sini.


Monday, 24 May 2021

Asas Tentang Broadband & Wi-Fi Untuk Memilih Yang Terbaik


Broadband atau Jalur Lebar adalah 2 istilah yang selalu digunakan bersilih ganti lebih kerap daripada tidak. Namun begitu, kedua-duanya adalah benda yang berlainan dan perlu difahami supaya kita dapat memahami asas internet yang betul.


Untuk memahami secara mudah, Wi-Fi menggunakan frekuensi radio dan isyarat untuk pindahkan data tanpa wayar. Broadband adalah transmisi data dengan menggunakan internet kelajuan tinggi.


Apa Itu Sambungan Broadband ?


Broadband dirujuk kepada transmisi data jalur lebar. Cuba bayangkan data internet yang telah disebarkan diantara 2 peranti. Dalam hal ini broadband bertindak sebagai laluan untuk pergerakan data.


Ada beberapa jenis sambungan broadband – ASL, DSL, Cable, Fibre dan lain-lain. Contohnya, fibre optic adalah kabel setakat ini yang terbaik teknologynya yang memberikan pengguna kelajuan setaraf dan jalur lebar tinggi.


Bagaimana broadband membuat sambungan ?


Broadband menyediakan internet dengan menggunakan banyak talian untuk buat transmisi data daripada satu talian sahaja yang digunakan oleh sambungan dail cara lama.


Dalam istilah mudah, anda boleh menganggap cara dial-up adalah satu hala jalan pembawa kenderaan pada satu masa sedangkan broadband seolah-olah lebuh raya yang mempunyai beberapa lorong membenarkan beberapa kenderaan berlalu-lalang. 


Kenderaan diumpamakan sebagai bungkusan data yang dibawa yang disebarkan kepada anda dan sebaliknya.


Pemindahan yang selari bagi beberapa bungkusan data pada satu masa menambah kelajuan internet melalui broadband.


Apa itu Wi-Fi ?


Teknologi Wi-Fi secara asasnya menggunakan frekuensi radio dan isyarat untuk menerima dan menghantar maklumat secara tanpa wayar di antara 2 peranti. Wi-Fi boleh difahami sebagai alat di mana broadband boleh diakses tanpa wayar.


Semua sambungan Wi-Fi bekerja pada 2 band frekuensi iaitu 2.4Ghz – 5Ghz. Frekuensi band 2.4Ghz digunakan untuk jarak yang lebih jauh dan jalur lebar rendah. Band frekuensi 5Ghz digunakan untuk yang lebih pendek jarak dan lebih besar jalur lebar. 


Di bawah ini ialah ringkasan tentang kelajuan dan liputan terbaik untuk kedua-dua band frekuensi.



Bagaimana sambungan Wi-Fi berfungsi ?


Kesemua sambungan Wi-Fi bekerja pada 2 band frekuensi – 2.4Ghz dan 5Ghz dalam 2 langkah yang mudah – menghantar dan menerima data. Pertama, permintaan dihantar kepada router anda dan modem untuk mengakses internet untuk maklumat.


Kemudian, respon yang diperlukan dihantar ke router melalui modem. Router akan menyusuli menghantar maklumat kembali ke peranti tanpa wayar.


Apa perbezaan diantara broadband dan wi-fi ?


Broadband ialah jenis sambungan internet yang diberi oleh Internet Service Provider. Wi-Fi adalah teknology dan salah satu alat untuk menyambung kepada broadband untuk mengakses internet.


Broadband anda boleh diakses melalui kabel LAN dan terus menyambung ke router dan peranti. Namun kelebihan Wi-Fi ialah kemampuannya boleh mengakses maklumat tanpa menggunakan penyambung fizikal di antara 2 peranti.


Jika anda sedang mencari talian internet kelajuan tinggi untuk rumah atau pejabat, anda boleh rujuk saja  di sini.


Wednesday, 19 May 2021

Cara Terbaik Menguruskan Kewangan Dengan Pinjaman Peribadi


Ada masa dan ketikanya, masyarakat biasa seperti kita ini akan memerlukan wang satu hari nanti. Wang yang kita perlukan disebabkan oleh berbagai masalah, dan selalunya masalah yang kita berdepan itu perlu diselesaikan dengan wang.


Cara yang terbaik buat setakat ini, untuk meyelesakan masalah kewangan kita ialah dengan membuat pinjaman peribadi. Memang benar, pinjaman peribadi dapat menyelesaikan masalah.


Tidak kira dari mana datangnya pinjaman itu, jika meminjam wang atas nama kita yang tidak kena mengena dengan perniagaan, pelajaran, perumahan dan lain lagi adalah dikira pinjaman peribadi.


Dengan pinjaman peribadi anda berhak membuat ikut apa yang anda suka. Itu sebabnya pinjaman sebegini selalu dipelbagaikan oleh peminjam mengikut keperluan semasa mereka.


Sistem pembayarannya juga menggunakan kadar pembayaran tetap sehinggalah habis tempoh pembayaran. Tempoh bayaran balik juga mungkin sampai bermula dari 1 hingga 10 tahun.


Pinjaman mungkin datang dari berbagai sumber, sama ada dari bank atau institusi kewangan, card kredit atau pemberi pinjaman persendirian. Manfaatnya tetap ada.


Mendapatkan pinjaman peribadi ini tidak sepayah mana asalkan kita dapat memenuhi kriteria dan sanggup membayarnya walaupun dengan apa kadar pembayarannya sekalipun.  


Tambahan pula sekarang ini sudah ada kemudahan meminjam wang peribadi secara online. Peminjam tidak perlu bersusah payah beratur di bank untuk memohon pinjaman.


Kenapa Anda Perlukan Pinjaman Peribadi ?


Pinjaman peribadi sebenarnya dapat membantu anda mengurusakn sistem kewangan peribadi anda lebih teratur. Banyak sekali benda yang kita boleh selesaikan dengan pinjaman peribadi, antaranya ialah :


1. Membuat tumpuan kepada satu pinjaman seperti contoh :

Menghindarkan diri dari pinjaman terhadap aset seperti kereta dan membina rumah


1.1. Menggunakan loan peribadi untuk membina rumah dari meminjam wang dari bank atau institusi kewangan yang mempunyai berbagai caj seperti kadar pinjaman, caj yuran dan sebagainya.


1.2. Membeli kereta sederhana secara tunai dan menghindarkan dari kadar pinjaman dan caj-cai yang perbagai dari pihak syarikat kredit dan kewangan


2. Menyelesaikan masaalah peribadi dan keluarga ketika diperlukan sepert :


2.1 Perkahwinan dan majlis


2.2 Memasuki kolej dan universiti sementara mendapat pinjaman ataupun biasiswa.


2.3 Membuka perniagaan kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan.


2.4 Dan lain-lain


3. Menjadikan loan peribadi satu pelaburan contohnya :


3.1 Bagi yang ada pengetahuan dan pengalaman tentang pelaburan seperti saham stok dan amanah saham atau pun mutual fund atau lain-lain.


3.11 Menggandakan wang anda dengan ‘ Faedah Compounding ‘ dengan mana-mana instrument kewangan tertinggi.


Perlukah Anda Memilih Jenis Pinjaman Peribadi Untuk Meminjam


Peminjam juga seorang pengguna, sebagai pengguna kita semestinya berhak membuat pilihan ke atas pinjaman mana yang mengikut kehendak dan cara pengurusan kewangan peribadi kita.


Seperti yang yang telah diterangkan pada awal tulisan ini, selaunya kita meminjam beralaskan kepada beberapa masalah dan tujuan.  Kalau tiada masalah dan tujuan maka tidak ada pinjaman.


Kadangkala ketika memilih pinjaman bergantung kepada tahap kesesakan atau pentingnya sesuatu tujuan kita. Sesetengah orang sanggup meminjam dari ‘ loan shark ‘ ataupun ‘ ah long ‘ tidak kiralah dengan apa syarat sekalipun.


Ada yang mengambil pinjaman melalui cagaran dan ada yang tidak, dan ada melalui kad kredit mereka sahaja. Yang penting sekali, mereka dapat wang yang dipohon.


Ada orang membuat pinjaman peribadi digunakan untuk perancangan kewangan peribadi mereka. Mereka ini meminjam bertujuan untuk menigkatkan tahap kedudukan kewangan mereka.


Jangan Guna Pinjaman Peribadi Sewenang-wenangnya 


Walaupun kita bebas mengatur acara kewangan kita, pastikan kita tidak menggunakannya mengikut nafsu dan sesuka hati. Bentuk apa pinjaman itu, ia perlu dibayar balik. 


Seboleh-bolehnya jadikanlah sebahagian dari wang pinjaman itu untuk meggandakan pendapatan, sekurang-kurangnya dapat menampung kadar pembayaran balik dari apa yang kita pinjam.


Akhir kata,


Pinjaman peribadi adalah instrument kewangan bertindak sebagai penyelesai masaalah untuk  menghadapi krisis  kewangan ketika kecemasan. Namun begitu, anda hendaklah berkebolehan membuat pembayaran balik dengan berkesan.


Maklumat tentang pinjaman peribadi ..






Wednesday, 14 October 2020

Petua Jika Ingin Bermain Saham Dan Dapat Untung

Petua Jika Ingin Bermain Saham Dan Dapat Untung
Ramai orang kata main saham boleh buat duit. Benar, memang kita boleh buat duit dengan bermain saham. Kalau tidak masakan banyak sekali iklan tentang saham yang muncul terutamanya di media social.

Untuk buat duit dengan bermain saham, ada beberapa perkara yang kita mesti patuhinya. Sebelum kita jadikan permainan saham ini sebagai salah satu sumber kewangan kita.

Perkara seperti,
 

-    Modal Yang Mencukupi
 

-    Perlu Memilih Jenis Saham Yang Sesuai
 

-    Kemahiran Dalam Permainan Saham

Saya lebih suka meletakkan fakta di atas sebagai syarat yang mesti ada untuk diri kita,  jika kita ingin bergelumang dengan permainan saham ini. Dan saya juga pasti kita  susah kecundang dalam permainan ini.

Walaupun syarat seperti modal dan kemahiran yang kita ada, ia tidak bererti kita  bermain dalam kesemua jenis saham yang ada di pasaran.

Setiap jenis saham mempunyai cara main yang berbeza jika kita ingin meraih keuntungan. Dan kebolehan kita juga bergantung kepada taraf   sesuatu jenis pasaran saham.

1.    Bermula Dengan Modal Yang Mencukupi

Air banyak ikan tak mati, itulah perumpamaan bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi pelabur, modal yang cukup itu amat penting untuk kita mulakan permainan saham kita.
 

Kita boleh bermain dengan modal yang tipis ataupun cukup-cukup makan, tetapi ianya mungkin boleh mengganggu ketenangan kita dan agak susah untuk kita menguruskannya.  
 

 Dengan modal yang mencukupi, kita sendiri boleh letakkan diri kita di tempat yang sesuai sebagai seorang trader, menjadi seorang day trader, trader jangka pendek atau panjang atau sebagainya.

 

2.    Perlu Memilih Jenis Saham Mana Yang Sesuai
 

Seperti yang saya terangkan di atas, tidaklah semestinya kita main kesemua jenis pelaburan yang ada di pasaran.

Jenis saham pula berbagai ada jenis seperti saham amanah, saham stok  dan berbagai lagi termasuk pasaran hadapan dan kewangan.

Dalam hal ini, saya tidak mahu sentuh tentang pasaran hadapan dan juga pasaran kewangan lain, kerana kedua-duanya bagi saya tidak sesuai dibincang dalam tulisan ini.

Apa yang saya  ingin ceritakan di sini ialah tentang pasaran saham  biasa  dari Bursa Malaysia dan cara menguruskannya dan menguntungkan. Ada orang panggil saham stok.

Saham stok di Malaysia ini adalah saham yang menjadi pilihan kepada banyak pelabur. Kita juga dapat mengawal saham kita kerana sesetengah platform mempunyai order ‘ stop loss ‘.

Walaupun saham share seperti ini agak berisiko tinggi, tetapi dengan adanya beribu-ribu kaunter, ia memberi peluang kepada kita untuk buat pilihan yang terbaik. Modal untuk melabur adalah penuh 1:1, tidak ada leverage.

a-    Saham Patuh Syariah

Saham jenis ini wujud hasil dari kesedaran pelabur yang ingin melabur dan tidak mahu terlibat dengan perkara yang tidak mengikut hukum syariah.

Di ketahui Bursa Malaysia mempunyai sebanyak 696 kaunter yang patuh syariah. Jadi, pelabur muslim sudah tentu tidak perlu risau lagi tentang keseluruhan kaunter-kaunter ini.

Bagi pelabur akaun patuh syariah ini perlu buka akaun yang dipanggil CDS iaitu Central Depository System jika ingin berurusniaga. Juga akaun  dan setelah selesai, bolehlah deposit untuk membuat trade.

Kita boleh meneruskan membuat trading cara sendiri dan boleh juga melalui Remisier.

b. Saham Tidak Patuh Syariah

Kalau kita ingin mencari makan dengan bermain saham secara professional dan jika seorang muslim, eloklah hindarkan diri kita dari saham seperti ini. Apapun terpulang kepada diri masing-masing.

3.    Kemahiran Dalam Permainan Saham

Seorang yang pakar dalam permainan saham tidak bermula dengan kepandaian. Nak jadi pandai mestilah kena belajar. Belajar juga ada bermacam-macam cara.

Ada yang belajar cara berguru dan ada juga belajar secara sendiri termasuk secara online. Apapun caranya, yang penting dapat menguruskan saham dengan baik dan menguntungkan.

Dalam dunia pelaburan dan saham, seseorang yang dikatakan berkemahiran itu bukan sekadar buat trade, ia juga mempunyai kemahiran yang menyeluruh dari segala-segi tentang saham.

a.    Berkemahiran Dalam Urusan Kewangan Saham – Money Management.
 

-    Pandai membuat bajet untuk sesuatu kaunter yang ingin diuruskan.
 

-    Kecekapan dalam percaturan untung dan rugi untuk sesuatu transaksi.
 

-    Sentiasa mengawal kedudukan kewangan bagi segala transaksi yang dijalankan.
 

b.    Mempunyai Kemahiran Dan Kebolehan Membuat Analisis Teknikal Dan Fundamental.
 

-    Menganalisis pergerakan harga sesuatu kaunter itu dengan menggunakan carta. Intepretasi dengan bijak dengan indicator melalui carta.

-    Menganalisis pasaran melalui berita, event dan segala yang bersangkutan dengan perkembangan ekonomi semasa mahupun poltik semasa.

c.    Kemahiran Memilih Kaunter Yang Ada Potensi Untuk Diuruskan Dengan Mendapat Keuntungan.
-    Menganalisis prestasi sesebuah syarikat tersenarai di bursa untuk mengkaji potensi tinggi untuk dilabur.
 

-    Menganalis untuk mengenal syarikat tersebut dengan pergerakan harga dan hala tujunya secara teknikal.
 

-    Menganalis secara fundamental dan teknikal tentang keadaan sesuai untuk masuk ( beli ) atau keluar ( jual ) pasaran.

Dalam permainan saham ini realitinya ialah, mestilah ada duit ataupun modal yang mencukupi dan perlu berkemahiran mengendalikan urusan jual beli saham dan pelaburan mereka.

Langkah-Langkah Untuk Bermula Bermain Saham

1.    Jika sudah ada modal yang mencukupi.

2.    Bersedia mengharungi bidang saham ini, mental dan fizikal.

3.    Belajar cara-cara bermain saham atau ikuti kursus tentang saham.

4.    Cari broker saham dan buka akaun CDS, ada yang saham Patuh Syariah.

5.    Mulalah berurusniaga, samada buat trade sendiri atau melalui Remisier.




 

Sumber Belajar Sebelum Bermain Saham

>  Selain dari kursus saham, anda boleh memahirkan diri dengan laman-laman yang mempunyai sumber pengetahuan tentang saham seperti Tradingview dan Chartnexus, secara percuma.

Akhir kata,

Permainan saham adalah permainan bagi orang yang ada duit, dan duit itu mestilah mencukupi bagi menanggung segala kemungkinan yang akan berlaku  akibat dari kemungkinan terjadinya kesilapan.

Kesilapan yang terjadi adalah biasa bagi seorang trader saham yang tidak kira apa bentuknya saham itu dan siapakah pemain itu.

Seorang pemain saham tidak kira asal usul gurunya, Teknikal atau Fundamental, setiap kali ia sedar akan kesilapan dan setiap kali itu juga dapat memperbetulkannya adalah dikira sukses.

Yang paling penting kita mesti tahu dan sedar tentang kesilapan kita dan seperti mana kita mesti tahu mengapa kita untung dan kenapa kita rugi dalam permainan kita.

Nota :

Ulasan ini sesuai bagi mereka yang baru dan ingin menceburkankan diri dalam bidang saham stok ini. Jika anda inginkan penerangan yang lebih terperinci perlu berjumpa mereka seperti Remisier atau berurusan terus dengan broker-broker yang ada.


 


Friday, 9 October 2020

Cara Memohon Rumah Zakat Percuma Bagi Yang Layak

Gambar hiasan

Saya sendiri tidak perasan selama ini yang Lembaga Zakat di negeri masing-masing ada memberi bantuan kepada orang ramai untuk membina dan membaik pulih rumah.


Orang ramai di sini dimaksudkan adalah mereka dari gulungan asnaf dan miskin. Sesiapa sahaja yang tidak mampu dan ada tanah sendiri atau dari milik keluarga boleh memohon.


Kadang-kala kita sendiri tidak sedar yang kita ini adalah orang yang  termasuk dalam gulungan asnaf atau miskin. Cuba kita semak balik apa itu asnaf dan miskin.


Kalau kita ada ramai anak, pendapatan tak seberapa mungkin umur sudah mencecah ke angka 50 an ke atas, tinggal di rumah sewa atau rumah sendiri yang sudah terlalu usang, pergilah ke Lembaga Zakat.


Bagi mereka yang sudah berumur kalau nak beli rumah memang bank pun sendiri susah nak terima. Memang tak layakpun, lainlah lah kalau boleh bayar cash. Cubalah juga bertemu Lembaga Zakat.


Kalau kita nak bina rumah sendiri sekalipun perlukan duit yang banyak, menjangka puluhan ribu sekurang-kurangnya. Pendapatan pula tidak mengizinkan. Cara terbaik juga perlukan pertolongan dari Lembaga Zakat.


Apakah kelayakan seseorang itu untuk memiliki rumah dari bantuan Zakat ? Saya syorkan anda yang berkehendakan bantuan cuba google saja dan cari maklumat tentang bantuan rumah  Zakat.


Bila anda sudah dapat maklumat tersebut, pergilah ke Pejabat  Zakat daerah atau negeri masing-masing untuk maklumat lanjut. Nescaya anda akan dapat sepenuhnya.


Setakat yang saya tahu, kalau anda berada di negeri Kedah, anda boleh berjumpa dengan qariah masjid masing-masing, tanyalah imam ataupun amil daerah itu.


Peringatan Sebelum Memohon Bantuan Dari Pejabat Zakat


Ini pendapat saya, rumah bantuan zakat memang diperuntukan untuk  golongan asnaf dan miskin. Sekali lagi saya nak beritahu, bukan semua orang sedar dan perasan mereka itu dari golongan itu.


Ada orang tak mampu nak beli rumah atau buat rumah sendiri kerana masalah kewangan berpanjangan. Dan di antara mereka ini ada tanah sendiri, sama ada tanah pusaka atau dari keluarga.


Ramai yang tak tahu  tentang peruntukan sebegini memang ada dari pihak Zakat. Saya sendiri tak tahu, setelah saya melawat seorang kawan mendiami rumah yang berkebetulan rumah bantuan zakat.


Sedikit Maklumat Tentang Permohonan


Sedikit panduan untuk sesiapa yang rasakan diri mereka layak untuk memohon bantuan rumah Zakat. Panduan ini bukan dari pihak Zakat, saya cuma beri maklumat setakat yang saya tahu.


- Golongan asnaf, fakir dan miskin – Sebagai pemohon, kita mestilah tahu kedudukan kita sebenarnya. 


- Memiliki tanah sendiri – Jika tanah pusaka yang belum dipecah, kita hendaklah mendapatkan surat bertulis dari waris-waris yang lain.

- Keizinan tuan tanah yang membenarkan kita membina rumah Zakat di atas tanahnya dengan keizinan bertulis.


- Menduduki rumah yang sangat usang di atas tanah sendiri, dan tidak berkemapuan memiliki rumah baru.


- Mesti menunjukan pendapatan seorang asnaf, fakir atau miskin – Contoh bawah RM 1000 sebulan atau sebagainya.


- Jangan ada unsur penipuan – Dah ada banyak tanah tetapi nak rumah percuma.


- Pemohon yang terlalu muda untuk memohon – Pemohon masih dan berkeupayaan membeli dan memiliki rumah sendiri.


- Seeloknya pemohon mestilah berumur 50 an keatas, ada banyak anak dan sebagainya.


Sebagai Peringatan


Setakat yang saya tahu, salah satu syarat utama untuk memohon rumah Zakat ini, memiliki tanah sendiri atau keizinan bertulis dari tuan tanah.


Sesiapa yang rasa diri mereka tidak layak, elok lah buat permohonan bantuan rumah cara lain seperti rumah PPRT dan sebagainya.


Bagi saya, jika kita faham betul-betul apa itu asnaf, fakir atau miskin, kita akan tahu bagaimana cara menempatkan diri kita dalam masyarakat. 



Bantuan bukan untuk selama-lamanya, tetapi berazam dan berusaha memperbaiki diri dan keluarga adalah lebih utama. Lepaskanlah diri kita dari kepompong kemiskinan, itu yang penting.


Thursday, 8 October 2020

Gaya Hidup Norma Baharu Bersama Covid-19


Sudah sampai 8/9 bulan kita terus bergaya hidup dengan memakai face mask, keluar rumah pakai face mask, kemana saja kita pergi kita kena pakai face mask. 


Pengeluar, pembekal dan pengedar face mask sudah pun menjadi jutawan dan kaya raya. Kita tetap kena beli face mask, itulah kenyataannya.


Kalau sampai sekarang sudah masuk 9 bulan kita masih lagi pakai face mask, mungkin dan boleh jadi ia akan berlarutan berbulan-bulan lagi atau bertahun-tahun lagi ?


Bermula dari sekarang kita kena sedar yang Covid-19 tidak mungkin akan berakhir begitu saja. Kita juga kena sedar untuk membuat perubahan pada diri kita sendiri. 


Kita kena belajar hidup bersama Covid-19. Amalan hidup bersama Covid-19 mesti dipraktikan segera. Tidak ada cara lain lagi selagi belum ada vaksin lagi yang dapat mengatasinya.


Segala SOP yang disarankan oleh kerajaan mestilah dipatuhi, ia bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri dan keluarga juga. Apa saja yang kita buat patuhilah SOP walaupun di rumah sendiri.


Kita tidak tahu segala kemungkinan yang boleh berlaku kepada sesiapa saja di muka bumi ini tentang serangan Covid-19. Tak usahlah kita nak tunjuk terer dan bangga pada diri sendiri, patuhilah  SOP.


Amalan Gaya Hidup Baru


Jadikan SOP sebagai amalan gaya hidup baru kita dan buatlah apa yang lebih patut untuk diri kita dan keluarga. Apabila kita jaga diri kita, maka kita akan jaga keluarga kita dan seterusnya kita akan jaga persekeliling dan masyarakat kita.


Gaya hidup kita adalah amalan hidup seharian kita yang kita sendiri yang perlu mengubahnya. Apapun kita perlu teruskan perjalanan hidup kita. 


Covid-19 sudahpun berada di sekitaran kita, kita kena dan mesti berjaga-jaga, jika kita tidak mematuhi SOP itu bukan salah kerajaan kita dan juga bukan salah orang lain. Itu salah kita.


Kita perlu sedar yang kita diancam oleh wabak yang kita sendiri tak dapat melihatnya. Kita perlu berwaspada dengan mematuhi SOP, Insyaallah segala-galanya boleh dihindari.


Apapun kita tidak perlu rasa panik, bukan kita seorang saja yang berdepan dengan Covid-19, orang lainpun begitu juga. Malah di seluruh dunia. Berdoalah banyak-banyak.


Di sini saya sampaikan satu petikan dari tulisan dari Prof Dr Faheem Younus, Head of the Infectious Disease Clin Canceric, University of Maryland, USA :


1. We may have to live with C19 for months or years. Let's not deny it or panic. Let's not make our lives useless. Let's learn to live with this fact. 


2. You can't destroy C19 viruses that have penetrated cell walls, drinking gallons of hot water - you'll just go to the bathroom more often.


3. Washing hands and maintaining a two-metre physical distance is the best method for your protection. 


4. If you don't have a C19 patient at home, there's no need to disinfect the surfaces at your house.


5. Packaged cargo, gas pumps, shopping carts and ATMs do not cause infection. Wash your hands, live your life as usual.


6. C19 is not a food infection. It is associated with drops of infection like the ‘flu. There is no demonstrated risk that C19 is transmitted by ordering food.


7. You can lose your sense of smell with a lot of allergies and viral infections. This is only a non-specific symptom of C19.


8. Once at home, you don't need to change your clothes urgently and go shower! Purity is a virtue, paranoia is not! 


9. The C19 virus doesn't hang in the air. This is a respiratory droplet infection that requires close contact. 

10. The air is clean, you can walk through the gardens (just keeping your physical protection distance), through parks.


11. It is sufficient to use normal soap against C19, not antibacterial soap. This is a virus, not a bacteria.


12. You don't have to worry about your food orders. But you can heat it all up in the microwave, if you wish.


13. The chances of bringing C19 home with your shoes is like being struck by lightning twice in a day. I've been working against viruses for 20 years - drop infections don't spread like that!


14. You can't be protected from the virus by taking vinegar, sugarcane juice and ginger! These are for immunity not a cure. 


15. Wearing a mask for long periods interferes with your breathing and oxygen levels. Wear it only in crowds. 


16. Wearing gloves is also a bad idea; the virus can accumulate into the glove and be easily transmitted if you touch your face. Better just to wash your hands regularly. 


17.  Immunity is greatly weakened by always staying in a sterile environment.  Even if you eat immunity boosting foods, please go out of your house regularly to any park/beach. 


Immunity is increased by EXPOSURE TO PATHOGENS,  not by sitting at home and consuming fried/spicy/sugary food and aerated drinks.


Artikel asal 


https://theazb.com/we-will-live-with-covid19-for-months-lets-not-deny-it-or-panic-dr-faheem-younus/



Peralatan untuk menjauhi Covid-19 di SINI



Friday, 3 July 2020

Pengalaman Berguna Ketika Belajar Secara Online Semasa PKP

 Akan Kembali Sibuk Dan Ceria Sedikit Masa Nanti

Sekolah-sekolah di seluruh negara akan kembali ceria dengan kehadiran semua pelajar walaupun mengikut peringkat.

Telah diberitakan iaitu tarikh pembukaan sekolah bermula pada 15-07-2020 untuk tingkatan 6 semester 1, tingkatan 1-4, dan tahun 5-6. Pada 22 -07-2020 sekolah dibuka ubtuk tahun 1-4.

Sekolah akan nampak sibuk dan ceria semula, bagi murid-murid yang suka ataupun tidak suka tetap akan hadir pada hari tersebut. Pelajaran itu penting.

Lebih kurang 4 bulan pelajar tidak dapat ke sekolah, dalam masa yang  sama itu juga mereka terpaksa mengikuti kelas secara online. Kalau nak dikira mereka tidaklah ketinggalan sangat, cuma cara belajar berlainan.

Apa yang saya dapat lihat, cara murid buat kerja sekolah secara online lebih berkonsentrasi berbanding dengan cara biasa mereka buat dan menghabiskan kerja sekolah di rumah.

Murid itu juga dapat mengadaptasikan diri mereka dengan cara-cara belajar secara yang lebih advance atau maju dengan kelebihan teknologi yang ada.

Kerja sekolah yang sudah siap oleh murid akan dipaparkan dalam grup masing-masing, secara psikologinya daya-saing dikalangan murid wujud dengan sendiri.

Untuk mencari fakta untuk menjawab soalan, pelajar hanya google sahaja dan kebanyakan apa yang dicari boleh didapati dengan mudah.

Nota-nota yang lengkap boleh dicopy dan pastekan saja dan kemudian dicetak untuk menjadikan buku rujukan jika inginkan secara fizikal. Kalau ada mesin pencetak lebih efisyen lagi nampaknya.

Murid juga dengan secara tak langsung dikawal oleh ibu bapa atau penjaga yang juga tidak boleh kemana-mana semasa PKP.

Dari sekarang murid akan nampak perbezaan belajar secara online dan secara biasa. Apakah kebaikan belajar secara online dan apa yang boleh kita dapat darinya.

Belajar depan screen seolah-olah satu berdepan satu walaupun dengan kelompok pelajar yang ramai. Lebih mudah pelajaran itu serap masuk ke dalam otak.

Kebaikan belajar secara atas talian nampak begitu terserlah, apatah lagi bagi mereka yang suka buat rujukan dan kajian untuk menambah baik lagi kepintaran seseorang murid itu dengan keterbukaan berfikir.

Bagi saya sebagai ibubapa, saya mengesyurkan belajar atau tuition  secara online disambung secara berkala kerana keberkesanannya sudah mula nampak dan meyakinkan.






Wednesday, 24 June 2020

Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 24 Jun 2020

Saya mengucapkan kepada murid-murid tingktan 5 dan 6 yang akan mengambil peperekasaan awam, selamat kembali dan memulakan sesi persekolahan  yang  bermula pada 24 jun 2020, iaitu hari ini.

Mereka adalah penuntut-penuntut yang akan menduduki  pepereksaan SPM, STPM, SVM dan STAM untuk kali ini.

Patuhi SOP – Prosedur Operasi Satandard
 

Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah disarankan mematuhi segala peraturan di sekolah bagi mengelak sebarang kemungkinan berlakunya kembali pandemik Covid-19.

Rasanya pihak sekolah masing-masing telah mengatur beberapa langkah bijak bagi memastikan perjalanan pembelajaran di sekolah mereka dengan lancar.

Bagi perengkat seterusnya kelas-kelas bagi tingkatan 4, 3, 2, 1 dan  sekolah rendah dikatakan akan dibuka semula mengikut perengkat.

Ibu Bapa dan Orang Awam

Buat masa sekarang ini ialah selamat dari ancaman Covid-19 adalah perkara utama bagi kita, walaupun nampaknya keadaannya sekarang ini semakin reda, berjaga-jaga adalah senjata utama kita buat masa ini.

Kita sebagai ibu bapa dan juga sebagai orang awam juga bertanggung jawab bagi menolong membenteras pandemik Covid-19 terhadap anak-anak dan diri kita sendiri.

Nasihatkan anak-anak kita supaya berdisiplin dan patuh dengan arahan pihak sekolah supaya dapat menghindari diri dari perkara yang tak diinginkan berlaku.

Kebijaksanaan Sekolah
 

Pihak sekolah terutamanya guru-guru  memang diketahui telah bertungkus-lumus memastikan pelajaran murid tidak ketinggalan,  dengan adanya kelas-kelas melalui online.

Belajar secara offline atau kelas biasa kali ini pasti akan membuatkan  semua murid dapat menghayati pelajaran dengan sebaik mungkin,  kerana semasa kelas online mungkin ada yang tercicir.

Kami sebagai ibu bapa juga mengharapkan supaya kelas secara online disambung secara berkala, katakan pada setiap hujung minggu sebagai kelas tambahan.

Cara ini juga dapat memastikan murid-murid belajar dengan lebih konsisten memandangkan banyak masa telah terbuang semasa PKP.

Apapun sebagai ibu bapa juga kami percaya bahawa pihak sekolah pandai dan dapat mengatur langkah terbaik yang disamping mengikut arahan dan peraturan SOP seperti yang telah disarankan.


Tuesday, 14 April 2020

Kalau Nak Berniaga Juga Ketika PKP Covid -19

Dalam keadaan pandemik Covi-19 ini, setelah kebanyakan aktiviti perniagaan dihentikan atau dihadkan termasuklah peniaga-peniaga kecil yang berkeliaran berniaga di sana-sini. Nak cari makan nampaknya agak susah sikit.

Walaupun ada bantuan kewangan dan makanan dari kerajaan, setakat manalah sangat bagi kita peniaga kecil nak menampung hidup seterusnya selagi pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Bagi warga peniaga kecil yang kebanyakan diklasifikasikan sebagai golongan B 40 sudah mula terasa perit dan risau apatah lagi jualan  mereka amat merosot sekali.

Semua orang sedar termasuklah kerajaan sendiri tentang masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini. Bagi sesetengah golongan ahli politik simpanlah dulu cita-cita nak jadi itu dan ini dalam keadaan pandemaik Covid-19 yang sedang berleluasa ini.

Peniaga kecil mahupun besar amat terkesan sekali dengan keadaan dan suasana PKP yang sebenarnya kita tidak tahu bilanya ia akan berakhir. Kita orang berniaga mestilah juga ada Plan B kononnya kena ‘ Hedge’ untuk lindungi nilai simpanan dan pendapatan kita.

Kita tidak ada jalan lain melainkan berniaga secara COD melalui online atau apa sekalipun. Memang sudah ada mereka yang menjalankannya, tetapi belum sepenuhnya.

Banyak cara kita boleh buat business secara COD ini, facebook, whasapp, telegram, panggilan terus dan banyak lagi cara untuk kita berniaga secara COD. Malah kita boleh iklankan di pokok-pokok, pagar dan lain-lain.

Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini sebenarnya, yang penting daya dan usaha kita, berfikiran kreatif dan positif. Bazar Ramadhan memang  tidak ada dan digantikan dengan e-bazar yang disebut-sebut, serupa sebenarnya dengan jualan COD, Cuma nama saja berlainan.

Kalau pasar Ramadhan tidak beroperasi, carilah tempat yang strategik dan laluan ramai dan bukalah tapak berniaga, tetapi mesti diingat jangan lupa pakai face mask dan sarung tangan. Bungkuslah makanan atau minuman siap-siap.

Peniaga-peniaga online juga boleh mengambil peluang yang ada untuk mempromosi pakaian raya, kueh raya dan apa yang bersangkutan dengan raya. In kerana kita tidak digalakkan berkumpul dan berpusu-pusu di gedung-gedung dan pasaraya.

Peniaga-peniaga dari golongan peminjam Mikro Kredit juga tidak perlu gusar sangat kerana tarikh dan masa bayar balik pinjaman dilanjutkan. Carilah peluang apa yang ada sementara Covid-19 masih ada. Allah sentiasa memberi tidak kira masa dan ketika. Alhamdullillah.






Monday, 25 November 2019

Bermain Forex Dengan Modal Kecil Sebanyak RM 10 Boleh Juga


Zaman sekarang ini jika kita kata kita tak ada cukup wang untuk melabur memang karut sekali. Jika ada RM 10 pun sudah cukup bagi kita untuk melabur. Yang paling senang simpan sahaja duit kita di saham amanah.

Jika kita inginkan pelaburan yang lebih mencabar, simpan duit sikit untuk bermain forex. Dengan modal RM 100 pun kita sudah layak bermain forex. Nak main forex bukannya susah, belajar dulu selok belok forex dan mainlah. Cubalah dengan akaun demo dahulu.

Aku mengesyurkan forex kerana kita boleh mengawal trade kita sendiri. Maksudnya kita buat keputusan sendiri untuk merancang, mengeluarkan modal, keluar dan masuk pasaran. Segala-galanya kita yang membuat keputusan. Tidak seperti lain-lain pelaburan, kalau boleh pun ia memerlukan modal yang besar.

Buatlah permainan forex ini sebagai satu hobi kita. Untung rugi janganlah dikira sangat, kalau buat betul-betul boleh dapat untung. Yang penting sekali ialah kepuasan diri kita dan tidak menyusahkan sesiapa.

Aku sendiri mengambil trading forex sebagai hobi. Buat masa sekarang sedang membuat trade dengan menggunakan akaun demo. Bermain forex memberi kepuasan kepada aku. Aku tidak perlu takut kepada kerugian kerana segalanya bukan secara real.

Waktu malam adalah waktu yang paling sesuai sekali untuk aku berhobi dengan forex. Aku perlu buat analisis tentang forex dan mempratikannya dalam trade aku. Manalah tahu  kot-kot dapat formula yang baik yang boleh buat duit, bolehlah aku trade secara real.

Pada pandangan aku, bermain forex setakat ini adalah cara kita buat duit dalam pelaburan dengan menggunakan modal yang amat rendah sekali. Bukan setakat itu sahaja, seperti aku katakan tadi, ia juga boleh dijadikan satu hobi. Hobi ini yang memerlukan segala skill berfikir dan melatih diri kita tentang disiplin untuk diri kita sendiri.





Wednesday, 23 November 2016

Taman Rekreasi Terbaru Ujana Peremba Di Alor Setar

Nama taman riadah terbaru ini ialah Ujana Peremba. Taman riadah ini belum lagi di buka secara rasminya namun pengunjung sentiasa ramai dengan gelagat masing-masing.

Taman riadah Ujana Peremba ini terletak di tempat yang juga namanya Peremba di sekitar Taman Samudera. Jauhnya dari dari Bandaraya Alor Setar hanyalah lebih kurang 2 kilometer.

Pasarana yang ada dan terdapat di taman ini termasuk tempat berjalan kaki dan berjogging. Beberapa tempat permainan kanak-kanak, beberapa tempat untuk bersenam.

Aktiviti sambil beriadah sudah menjadi kebiasaan di sini seperti bermain badminton dan sepak takraw bulatan. Ada yang berkasut roda, berbasikal dan ada yang bermain kereta mini.

Aku tidak tahu luas sebenar kawasan ini Ujana Peremba ini, tetapi ia memang nampak luas sekali tambah pula kawasan ini berkesinambungan dengan Mini Stadium Bandaraya yang mempunyai 2 padang.

Di salah satu padang inilah juara Piala Malaysia 2016 iaitu pasukan Kedah membuat latihan harian mereka.

Adanya taman riadah Ujana Peremba ini, maka nampak jugalah peluang-peluang untuk sesetengah orang mencari rezeki dengan menjual minuman dan makanan. Ada yang membuat sewa pakai kasut roda dan kereta mini. 

Suasana di sini nampak begitu muhibbah sekali. Semua kaum ada di sini. Kesemuanya datang untuk beriadah. Dari kanak-kanak kecil sampailah ke orang dewasa dan sehingga yang berusia emas.

Bagi mereka yang beriadah di sini, jika terasa lapar mereka tidak perlu risau kerana ada penjaja yang menjual minuman dan makanan snack di sini. Bersebelahanya juga ada ada medan selera dengan bebagai jenis makanan ada jual di sini.

Taman riadah Ujana Peremba ini telah menghidupkan kawasan ini dengan aktivi beriadah baik di waktu pagi mahupun di sebelah petang, sekali gus menampakan kecerian dan suasana muhibah penduduk di sini yang berbilang kaum.



ANDA PILIH SAHAJA KASUT JOGGING DI SINI
   




Monday, 11 July 2016

Jadi Diri Kita Yang Baru Selepas Bulan Ramadhan

Hari raya sudah 5 hari berlalu. Yang tinggal hanyalah kita yang masih lagi dalam bulan syawal dan ramai yang sedang mengerjakan puasa 6. Bagi yang balik beraya di kampung banyak yang sudah beredar ke destinasi masing-masing.

Hari ini hari raya keenam. Kunjung mengunjung masih lagi rancak nampaknya. Seperti juga aku yang baru saja balik dari  berkunjung rumah mertua setelah menghadiri kenduri dan juga rumah terbuka di sana. Aku tinggal di Alor Setar dan mertua aku di Ijok, Perak.

Raya tahun ini okay sekali, rezeki pun mewah nampaknya. Allah yang bagi rezeki kepada kita. Dalam pada itu kita kena juga ingat kepada mereka yang kurang kemampuan, yang sedang menghadapi dugaan Allah yang lebih dasyat lagi daripada kita.

Bantulah mereka sekadar yang mampu. Rezeki yang Allah bagi, tetapi bukan untuk kita seorang. Apa salahnya kita bagi saja zakat hasil daripada perniagaan bulan puasa kita kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini kita naik, esok atau lusa belum tentu kita akan jadi seperti hari ini. Mungkin satu hari nanti kita sendiri akan berada di tempat seperti mereka, siapa tahu. Kesemuanya ini kehendak Allah semata-mata.

Amalan mulia yang paling mudah untuk kita buat ialah memberi. Memberi dengan ikhlas kepada yang memerlukan, bukan kepada yang sudah ada. Walaupun pemberian kita itu sedikit sangat, tetapi ada yang memerlukan. Itu sudah dikira bagus dan perbuatan memberi itu adalah satu amalan yang mulia.

Kalau nak dikira, bulan Ramadhanlah bulan yang memberi peluang kepada diri kita untuk merubahkan diri kita, walaupun sedikit. Dengan adanya amalan-amalan yang kita ikutinya dengan bersungguh-sungguh, insyaallah kita boleh teruskan berbuat demikian sehingga sampai bila-bila.

Seperti juga memberi, kita bersedekah dengan benar-benar ikhlas kerana Allah. Kita latih diri kita berdiam diri dari bercakap yang bukan-bukan ketika berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan praktikan sepenuhnya kerana Allah sampai bila-bila.

Banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan demi kerana Allah dan beristiqamahlah dengan amalan-amalan tersebut. Insyaallah kita akan menjadi diri yang baharu tidak seperti diri kita sebelumnya, percayalah.








Sunday, 5 June 2016

Segarkan Kembali Tentang Ibadah Puasa


Salam, ini apa yang aku terima dari grup whatsapp aku tentang puasa. Harap-harap kita dapat segarkan balik apa yang kita dah belajar dulu-dulu, apa yang kita dah lupa tentang puasa.

Ulangkaji Bab Puasa

Niat Puasa :

"Sahaja aku berpuasa
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa :

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus
(Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.


Tingkatan Puasa :

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Ibu

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
In shaa Allah...

Wednesday, 1 June 2016

Selamat Datang Bulan Ramadhan 2016

 Khemah Untuk Pasar Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah nak sampai, cuma tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi dari tarikh hari ini. Kaum muslimin dan muslimat sudah bersedia bagi menyambut bulan yang mulia ini. Kaum peniaga juga nampaknya sudah bersedia dengan perancangan yang telah dibuat untuk perniagaan masing-masing.

Hari pertama puasa kanak-kanak masih lagi dalam cuti. Tidak susah sangatlah bagi kanak-kanak mengharungi hari pertama puasa kerana hari itulah hari yang paling kuat dugaannya bagi kanak-kanak berpuasa.

Kalau kita ke kompleks membeli-belah pun kita akan mula nampak pelanggan-pelanggan membeli belah untuk buat persediaan bulan puasa. Ada juga pelanggan mebuat persedian untuk menyambut hari raya dengan membeli pakaian untuk anak-anak mereka. Pendek kata segala-galanya sudah bermula baik menyambut puasa mahupun hari raya.

Kalau kita lihat pada tiang-tiang letrik, pokok-pokok dan pagar-pagar di tepi jalan, kita akan nampak bermacam-macam iklan dan banner mempromosi tempahan bulan puasa mahupun untuk hari raya. Bulan puasa untuk buat duit dan hari raya untuk menghabiskannya.

Bulan Ramadhan zaman sekarang sudah banyak berubah. Zaman masa aku kecik-kecik dulu bila nak sampai puasa sudah bayangkan hari raya. Nak berbuka mesti ada ais batu. Masa dulu penjual ais menjual ais ketul disalut dengan habuk papan. Ais batu ketul ini akan disalut dengan habuk papan atau kayu supaya ia lambat cair.

Zaman sekarang sudah tidak ada itu semua. Kalau nak buat ucapan selamat berpuasa pun boleh, tekan saja butang whatsapp, wechat dan sms pun boleh, selang beberapa saat sampailah ucapannya. Kalau dulu tunggu orang jual kad raya baru boleh buat ucapan. Itu semua sudah menjadi nostalgia.

Kita semua tahu bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Kita buat ibadah puasa, kita berlapar dan dahaga, kita jaga mata kita, telinga kita, mulut kita dan hati kita sentiasalah kena bersih. Kita mengerjakan tarawih dan witir, bertadarus, qiamullail, menunggu malam Lailatulkadar. Jauhkanlah diri kita dari mengerjakan perkara mungkar. Itulah sepatutnya yang perlu kita buat.

Tuesday, 24 May 2016

Sehari Dalam Hidup Sebagai Runner


Kami ( aku dan isteri ) memang kaki pakai kereta lama, sudah berapa biji kereta dalam dua tahun kami beli, pakai dan sebiji dua kereta kami jual sahaja di kedai besi buruk timbang kilo. 

Apa nak buat, sememangnya kami tak mampu pakai kereta baru. Tak apalah, janji kami tidak berhutang dan tidak pening bila sahaja hujung bulan. Kalau dah tak mampu bayar ansuran bulanan, tunggu repossessorlah nampaknya.

Oleh kerana kami selalu beli dan jual kereta lama untuk sendiri, dan nak save bajet segala urusan tukar hak mlilk, puspakom, insuran dan JPJ dan segalanya kami buat sendiri. Ini sudah jadi kebiasaan kepada kami. Kami buat segala urusan, janji bajet tak lari.

Kelmarin, seorang kawan aku telah membeli sebuah kereta second hand dan ingin membuat pindah milik keretanya. Kami diminta menolongnya untuk menguruskan pindah milik itu. Isteri aku bersetuju sahaja untuk menolong kerana ia suka sangat membuat kerja-kerja macam ini.

Kami tidak pernah mengambil upah membuat urusan pindah milik kereta tetapi untuk cuba apa salahnya, lagi pun masuk duit siapa tak mahu. Hari itu pula memang kami ada masa sedikit kerana tidak berniaga soya, cuaca pun kurang elok.

Pagi dalam pukul 7.30 kami sudah sampai di PUSPAKOM dan terus buat booking pemereksaan. Kami bernasib dapat buat pemereksaan itu pada hari itu juga pukul 2.30 petang.

Buat pemereksaan hanya makan masa lebih kurang 1 jam dan bayaran dikenakan sebanyak RM 31. Selepas itu kami bergegas pula ke JPJ untuk buat pemindahan hak milik kereta. Kawan aku sudah pun berada disana kerana ia perlu sain segala dokumen. Bayaran pindah milik dikenakan sebanyak RM 100.

Selesai kerja di JPJ kami bergegas pula ke pejabat insuran dan urusan di situ hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Insuran di kenakan bayaran sebanyak RM 324. Nasib baiklah hari itu tidak banyak pelanggan yang datang.

Untuk selesaikan kerja terakhir kami, kami terus sahaja ke POS Malaysia, kami tidak ke JPJ kerana pejabat pos lebih dekat dengan tempat insuran yang kami buat urusan. Selesai sahaja buat road tax di pejabat pos dengan bayaran RM 90, maka selesailah kerja kami sebagai runner membuat pindah milik kereta.

Sebagai runner kami dibayar upah sebanyak RM 150. Ada orang mengenakan bayaran sebanyak RM 100 untuk membawa kereta pelanggan buat pemereksaan sahaja. Kami buat kesemuanya dengan harga upah RM 150. Apa pun servis mestilah kena tip top baru pelanggan percaya.

Untuk peringatan, kalau kita mampu buat itu semua, buatlah sendiri lebih baik dan dapat jimat bajet. Kalau duit tu dah banyak sangat carilah runner untuk buat semua, juga tidak salah.

Buat sendiri -- RM 445.00

Menggunakan runner - RM 595.00