Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts

Monday 28 September 2015

Jangan Ikut Ego Dan Perasaan


Suami atau isteri atau kedua-duanya kalau mengharungi hidup berumah tangga mengikut ego dan perasaan, maka kemusnahanlah destinasi terakhir hidup rumah tangga mereka. Kedua-duanya mestilah beralah, secepat mungkin, buangkan ego masing-masing secepat mungkin kalau sedar diri sudah ditadbir oleh ego dan perasaan.

Pemimpin juga, kalau memimpin mengikut ego dan emosi yang tak terkawal maka akan hancurlah organisasi yang dipimpinnya. Orang yang berego tebal tidak dapat mengawal diri mahupun kumpulan yang dipimpinnya dengan tidak ada sifat tolak ansur, tidak boleh dikritik dan tidak boleh menerima nasihat akan menjunam akhirnya.

Setiap insan ada ego masing-masing, ada yang tinggi egonya dan ada yang tidak. Ego dan perasaan yang tak mahu mengalah mestilah dibuang jauh-jauh atau simpan di mana-mana supaya ia tidak mengacau pemikiran kita. Bendung dan kawallah ego dan perasaan kita kalau kita tidak dapat melontarnya jauh-jauh.

Penerbit terkenal lagu ' We Are The World ' Quincy Jones pernah menampal perkataan ' Check Your Egos At The Door ' berdekatan pintu masuk studio semata-mata hendak mengingatkan bahawa kesemua 46 penyanyi terkenal dan kaya raya itu tidak terbawa-bawa dengan ego masing-masing semasa merakamkan lagu itu. Mereka harus ada satu tujuan, ya itu menjadikan project ' We Are The World ' berjaya.Akhirnya  projek itu benar-benar berjaya.

Kita tidak nampak kepada ego, tetapi ia datang bersama perasaan yang memang tidak dapat dikawal sama sekali. Ia datang secara spontan dan sekali gus menggerakan rasa ego kita untuk memuncak. Kalau kita melayan perasaan ego, apabila sampai ke satu tahap ego akan megawal perasaan kita secara keseluruhan dan membolehkan kita menjadi riak dan sifat riak itu tidak disukai oleh Allah, beringatlah.

Dalam diri kita hendaklah ada sifat rasional. Rasional dapat pecahkan perasaan ego yang tidak menentu. Rasional berada dalam pemikiran sedar berlawanan dengan sifat ego yang selalunya berada di kelompok perasaan tidak sedar. Oleh itu selalulah membuat rasional apabila terasa diri sudah dikawal oleh ego.

Tuesday 22 September 2015

Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Jalan


Tengok saja dalam gambar ini, seorang pekerja sedang membuat kerjanya mengendalikan wayar letrik. Pekerjaan berisiko tinggi, tetapi itulah kerjaya. Bukan semua orang dapat buat kerja sebegini, hanya yang mahu sahaja yang boleh melakukan. Kerja yang sememangnya memerlukan kemahiran.

Melihat kepada kerjayanya, dia memangnya seorang yang terlatih. Dia semestinya mampu membuat kerja-kerja pendawaian letrik dan kerja-kerja lain yang ada kena mengena dengan letrik. Segala kemahiran yang dia ada boleh membantu dirinya dan keluarga mencari pendapatan lebih.

Seorang yang mempunyai kemahiran tidak perlu risau tentang masa depan mereka. Apa yang mereka perlukan ialah kemahuan dan daya usaha. Kemahiran mereka adalah modal untuk memulakan sesuatu samada melibatkan diri dalam perniagaan ataupun meneruskan kerjaya yang lebih mecabar . Mereka ini lebih berpeluang mencari pekerjaan di mana-mana sahaja yang memerlukan orang seperti mereka.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Meraka sudah ada jalan, cuma kemahuan yang tinggi perlu dipupuk supaya tidak luntur dari diri mereka. Kemahuan yang perlu seiring sejalan dengan semangat, kesedaran diri, disiplin dan kekuatan tekad untuk menuju ke matlamat yang perlu dicapai
   


Saturday 19 September 2015

Kegagalan Adalah Biasa Dan Bangkit Semula Selepas Kegagalan Amat Penting Dalam Hidup


Kegagalan bagi aku sebenarnya adalah satu persepsi atau penerimaan seseorang. Jika kita terima sesuatu perbuatan itu sebagai gagal, maka itulah gagal. Jika tidak, maka ianya tidak gagal kerana kita sendiri yang boleh mengakui yang ianya gagal atau tidak. Jika hari ini kita gagal untuk membuat sesuatu perkara, kita masih lagi ada esok untuk membuatnya. Kita bukan hidup untuk hari ini sahaja.

Dalam kehidupan kita gagal adalah lumrah. Kita gagal dalam banyak perkara sebenarnya. Kita gagal dalam tidak sedar. Kita gagal dalam perjanjian kita dengan isteri, dengan anak-anak, dengan sahabat handai. Dalam hidup seharian kita pun banyak kegagalan dari sekecil-kecilnya sampailah sebesar-besarnya.

Kita boleh jadikan kegagalan itu bermacam-macam, kita boleh jadikan kegagalan itu sebagai teman dan kita juga boleh jadikan kegagalan sebagai guru dan banyak lagi. Merasionalkan kegagalan sebagai jalan terbaik untuk menjauhkan diri kita dari kegagalan sebenar.

Dalam membuat perancangan yang strategik, kita boleh masukkan kegagalan sebagai andaian. Jika cara A gagal, apakah cara yang lebih baik boleh kita lakukan. Jika gagal serang di sebelah kiri, apakah ianya akan gagal jika serang di sebelah kanan atau di sebelah atas. Dalam membuat strategi juga, kita kenalah menjangka kegagalan, baru kita dapat bayangkan tindakan susulan lebih awal untuk bangkit jika betul-betul berlakunya kegagalan ketika kita membuat tindakkan.  

Bagi penganalis teknikal saham juga selalu menggunakan andaian gagal sebagai satu strategi semasa membuat spekulasi. Penganalisis mengharapkan sesuatu harga akan naik, jika harga gagal naik, apa tindakan seterusnya. Apakah indikator yang sesuai digunakan jika berlakunya harga berlawanan dari apa yang dijangkakan.

Kalau kita sedar kegagalan itu dapat membantu kita dalam hidup secara jangka masa panjang, kenapa kita perlu takut kepada kegagalan. Jika kita sedar bahawa gagal hanyalah satu persepsi, kenapa kita tidak ubah persepsi kita itu. Kegagalan dalam hidup hanyalah biasa, sedar dan bangkit semula selepas kegagalan lebih penting dalam hidup kita.


Thursday 10 September 2015

Tak Dapat Berniaga Kerana Hujan Turun Tak Berhenti


Hari selasa, sedang aku asyik berniaga, hujan turun dengan lebat sekali. Aku tak dapat  nak bertahan lagi, aku terpaksa kemas semua barang jualan dan tutup gerai. Aku terpaksa balik rumah dengan keadaan basah  lokoih. Pendapatan aku tak seberapa tetapi cukup untuk 'cover', nasib baik hujan turun di sebelah petang.

Hari rabu, aku membuat segala persediaan untuk berniaga seperti biasa pada pukul 11.30 pagi, sekali lagi hujan turun sekejap berhenti dan kemudian sambung lagi hujan hingga kemalam. Aku tak dapat berniaga langsung untuk hari itu. Tidak berniaga bermakna tidak ada duit.

Hari ini khamis juga begitu, hujan turun sejak pagi lagi dan aku terpaksa tangguh lagi perniagaan aku. Hari ini adalah hari kedua aku tidak dapat berniaga, tidak berniaga bermakna tidak ada duit. Aku terpaksa bergantung harap untuk hari esok, minta-minta janganlah hujan kerana aku berniaga di dua tempat.

Keadaan hujan sekejap turun dan sekejap tidak akan berlarutan mungkin sampai kepenghujung tahun ini. Tahun lepas juga nasib aku lebih kurang sama, sekejap berniaga dan sekejap tidak.

Kalau keadaan begini berlarutan, agak-agaknya macam mana aku nak bayar hutang pinjaman Amanah Ikhtiar. Aku mesti bayar hutang Amanah Ikhtiar setiap minggu. Kalau tak bayar siaplah aku, macam-macamlah nanti sahabat bersungut. Mahu tak mahu, terpaksalah aku cari jalan juga meminjam semata-mata untuk 'settle' hutang Amanah.

Beginilah nasib sesetengah peniaga yang meminjam dari Amanah Ikhtiar. Hutang Amanah mesti kena bayar, kalau sahabat lain tak bayarpun kita kena bayar untuk dia, itu sudah menjadi tanggung jawab peserta dan kami semua kena berikrar setiap minggu semasa mesyuarat.

Bilalah orang macam kami nak maju, asyik bayar hutang sahaja. Berniaga bukanlah tak masuk duit, tetapi susah nak bernafas sedikit kerana komitmen dengan Amanah Ikhtiar. Simpan duit tetapi semata-mata bayar hutang.

Walaubagaimana bersungutnya sesetengah orang kepada Amanah Ikhtiar, tetapi Amanah Ikhtiarlah tempat mereka meminjam. Sebenarnya dengan adanya Amanah Ikhtiar, banyak peserta juga dapat mengubah hidup. Dari naik basikal, ada yang sudah ada motorsikal mahupuan kereta. Ada yang mampu bina rumah baru.

Amanah Ikhtiar memberi kita peluang, janganlah sia-siakan peluang yang ada, gunalah akal dan kederat untuk martabatkan diri kekehidupan yang lebih selesa. Berhutang dengan Amanah Ikhtiar lebih dari berhutang dengan 'along' kerana along tidak menjanjikan apa-apa kebaikan melainkan malapetaka.







Monday 7 September 2015

Risiko Yang Mungkin Dihadapi Oleh Peniaga Warung


Malu, segan dan malas sudah tidak ada lagi bagi sesetengah orang untuk mencari rezeki yang halal. Berniaga di warung adalah salah satu jalan mencari rezeki bagi kebanyakan mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Malah, berniaga di warung kalau kena gayanya dapat memberi pendapatan lumayan.

Berniaga warung di tepi jalan bukan lagi pekerjaan orang susah seperti apa yang digambarkan dalam drama di kaca TV. Masa sudah berubah, ada peniaga warung yang mampu membeli rumah terrace 2 tingkat dengan mudah sekali hanya dengan pendapatan dari menjual nasi di tepi jalan. Jangan sekali kita pandang rendah pada mereka ini.

Jangan tidak percaya ada peniaga warung tepi jalan yang sudah maju hingga memiliki kilang sendiri. Tetapi yang menghairankan aku, ada lagi orang kita masih memandang rendah kepada peniaga warung di tepi jalan ini. Bagi aku mereka adalah orang yang bijak sebenarnya. Peniaga warung adalah mereka yang pandai menggunakan strategi untuk berniaga.

Peniaga warung perlu kaji strategi seperti lokasi, penduduk, permintaan dan mahupun penawaran. Sebelum membuka warung baru, apa yang ada di dalam otak mereka adalah bagaimana mereka boleh buat duit dengan gerai mereka. Tanyalah sesiapa sahaja peniaga warung tepi jalan, apa yang difikiran mereka sebelum memulakan perniagaan.

Seperti yang aku katakan, peniaga warung ini memang bijak mengatur  lokasi yang strategik. Cabarannya memang hebat, penguatkuasaan dari pihak bandaraya atau majlis tempatan terpaksa dihadapi. Tetapi mereka mesti menghadapinya, cari jalan terbaik asalkan dapat berniaga dan dapat untung.  

Lokasi yang baik dan yang menjadi tumpuan selalunya membuat sesetengah pihak rasa cemburu. Maka timbulah segala macam aduan yang tidak menyenangkan yang membolehkan pihak berkuasa mengabil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini.

Aku tidak berapa risau tentang aduan kepada pihak berkuasa kerana lokasi perniagaan sememangnya bukan hak milik peniaga. Aku amat risau sekali hingga sekarang ada sesetengah peniaga sendiri yang membuat aduan.  Tetapi bukan buat aduan kepada pihak berkuasa, mereka membuat aduan kepada bomoh semata-mata untuk menghancurkan perniagaan rakan-rakan mereka sendiri.



Sunday 6 September 2015

Cari Kesalahan Diri Sendiri Buatlah Apa Yang Patut


Dalam hidup kita ini, tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Kesilapan kita ada yang kecil dan juga ada yang besar-besar. Hanya kesedaran sahaja yang dapat membantu diri kita untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan. Kesilapan kita adalah berpunca dari  kelemahan kita

Bagi aku, kesedaran bukan setakat kesedaran sahaja. Mengambil langkah tertentu untuk memperbetulkan segala kesilapan dan mengatasi segala kelemahan adalah langkah yang paling utama yang patut aku lakukan. Tetapi bukannya senang untuk melakukannya.

Dengan penuh kesedaran aku semak dan imbang atau 'check and balance' kembali segala kesilapan yang pernah aku lakukan selama ini. Ada juga kelemahan yang sampai sekarang ini aku rasakan cukup susah untuk aku memperbaikinya. Aku harap dan berdoa agar Allah memberi jalan terbaik kepada aku untuk memperbetul segala kesalahan aku.

Mungkin ada banyak lagi kesalahan dan kesilapan yang aku tidak dapat kesan. Apa yang aku paparkan adalah perkara yang aku sedar, dan inipun memakan masa berhari-hari. Pengalaman dan kesilapan aku tidak sama dengan orang lain. Cara untuk memperbaikinya mungkin sama saja kerana semua orang perlukan kesedaran untuk mula memperbaiki segala kesalahan.


KELEMAHAN DIRI SENDIRI DAN PERLU DIBAIKI

1. Suka bertangguh, procrastination -- Nak buat, buatlah sekarang. Jangan tangguh lagi -- Do it right now, don't delay.

2. Suka cari alasan supaya tidak buat -- Jangan kompromi dengan diri sendiri.

3. Tidak ada perancangan -- Buat perancangan.

4. Tidak ikut apa yang dirancang -- Ikut sahaja apa yang dirancang.

5. Perancangan yang boleh dicapai, bukan yang bukan-bukan -- Rancang mengikut kebolehan.

6. Agama itu penting -- Solat jangan tidak. Jangan bertangguh untuk mengerjakan solat.

7. Percaya sepenuh-penuhnya rezeki itu datang dari Allah -- Allah yang memberi rezeki kepada kita. Kita cuma berusaha sahaja, rezeki itu tetap datangnya dari Allah.

8. Berani -- Berani buat sesuatu dan gunakan akal. Anticipate masalah yang akan datang.

9. Singkap kembali perangai kita yang mudharatkan -- Jangan ulangi lagi perangai-perangai kita yang memudharatkan.

10. Rajin -- Jauhi sifat malas.

11. Doa -- Sentiasa berdoa kepada Allah.

12. Istiqamah -- Selalu mengerjakan, jangan berhenti.

13. Mencari jalan -- Selalu mencari jalan yang lebih baik, kajian seumpamanya. Sentiasa mencuba yang baru - inovasi.

14. Belajar -- Sentiasa belajar. Mesti ada sifat mahu belajar. Walaupun belajar dari kesalahan.

15. Bersungguh -- Mesti ada sifat bersungguh-sungguh. Buat apa pun mestilah bersungguh-sungguh.

16. Jujur dan lurus -- Jadilah orang yang jujur dan lurus. Lurus dan jujur pada diri sendiri dan dengan orang lain. Jangan tipu diri sendiri. Jangan tipu orang.

17. Ikhlas -- Segala-galanya buat dengan ikhlas. Buat kerana Allah.

18. Kemampuan -- Buat kerja ikut kemampuan.

19. Bersedekah -- Sentiasalah bersedekah, kerana rezeki itu datangnya dari Allah dan selalulah kena ingat rezeki itu bukan semuanya untuk kita. Beramallah dengan bersedekah.

20. Sikap -- Sikap yang selalu posotive. Jauhi sikap negative. Positive Mental Attitude. Sikap tak mahu mengalah. Sikap ingin maju.

21. Jangan berburuk sangka -- Jauhi sikap berburuk sangka. Sikap berburuk sangka amat merugikan.

22. Kuat tekad -- Will power, kuatkan tekad untuk membuat sesuatu benda.

23. Sabar -- Perlu ada kesabaran dalam membuat sesuatu perkara.

24. Sifat berterus terang -- Berterus terang lebih baik daripada berdiam diri dan menerima dengan tanpa rela yang boleh memudharatkan diri sendiri.

25. Keyakinan diri -- Perlu ada pada diri seseorang, self-confidence.

26. Jangan berat nak buat sesuatu -- Jauhi perasaan berat nat buat sesuatu, fikir yang baik. Ini ialah sikap negative. Lawan sikap berat dengan will power.

27. Jangan bebal -- Bebal adalah perangai negative. Jangan ikut syaitan.

28. Selalu bersyukur -- Berterima kasih kepada Allah.

29. Hala tuju -- Mempunyai hala tuju.

30. Matlamat -- Mesti tahu matlamat kita, apa perlu dibuat untuk mencapai matlamat.





Friday 4 September 2015

Kesedaran Perlu Ada Pada Diri Kita

Ini tahun akhir bagi murid darjah 6 mengambil pepereksaan UPSR. Pada tahun depan tidak ada lagi UPSR.Anak aku adalah salah seorang calon terakhir yang akan menduduki pepereksaan tersebut.

Untuk memohon keredhaan Allah bagi murid-murid yang akan menghadapi pepereksaan, pihak sekolah mengadakan majlis membaca yasin, sembahyang hajat dan membaca doa di surau berdekatan dengan sekolah. Calon-calon pepereksaan dan juga ibu bapa dituntut menghadiri majlis itu.

Setiap tahun sekolah anak aku ini membuat majlis seperti ini untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar dan juga ibu bapa. Aku yang tidak pernah menghadiri mana-mana sesi sebegini memang seronok sekali. Inilah anak sulung aku dan anak aku ini juga adalah calon terakhir bagi pepereksaan UPSR.

Zaman aku sekolah dulu tidak ada sesi-sesi yang semacam ini. Zaman sekarang sudah ada semua, motivasi, tution di sekolah sebelah petang, kem sana dan sini. Zaman aku dulu tidak ada makmal komputer di sekolah. Aku hendak sangat belajar komputer tetapi terpaksa belajar di luar, itupun cuma asas sahaja yang diajar.

Aku kagum dengan cara sekolah mengendalikan sesi-sesi sebegini. Cuma satu sahaja aku terkilan sedikit, kenapa pihak sekolah tidak mengadakan sesi yang serupa ini dari awal lagi. Kenapa pihak sekolah membuat majlis sebegini di penghujung, dan kenapa majlis sebegini dibuat seminggu sebelum pepereksaan ?.

Pelajar dan juga ibu bapa perlu diberi kesedaran lebih awal lagi. Kesedaran di peringkat awal tidak susah sangat bagi kita untuk memperbaiki segala kesilapan, baik untuk pelajar mahupun untuk ibu bapa. Bagi aku, kesedaran perlu ada pada diri setiap pelajar kerana kesedaran juga merupakan penggerak atau pendorong untuk kita melakukan sesuatu yang positif.

Tuesday 1 September 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan - Sehati Sejiwa


Hari ini tanggal 31hb Ogos 2015, hari merdeka negara aku yang tercinta, Malaysia. Aku memang malas nak kemana-mana hari ini, nak pergi tengok perayaan sambutan merdeka pun terasa malas. Duduk di rumah tonton sahaja TV rasanya lebih baik. Aku tahu pukul 7.30 di Dataran Merdeka segalanya akan bermula.

Aku, isteri aku, dan kedua-dua anak perempuan aku memang sepakat nak menonton pembarisan hari kemerdekaan melalui TV sahaja. Isteri aku awal-awal lagi sudah masak nasi lemak dan sambal tumis telur. Makan sambil menonton TV memang seronok sekali. Kami menonton sehingga habis pembarisan dan sehinggalah sampai berangakatnya pulang Yang Di Pertuang Agong.

Berikan semangat patriotik kepada anak-anak memang patut dilakukan oleh ibu bapa, aku juga ingin berbuat begitu. Aku juga ingin menjadi bapa yang bertanggung jawab kepada negara ini, sekurang-kurangnya bagi pandangan mata anak-anak aku. Sebaik-baiknya bagi pandangan mata mereka kamilah ibu bapa yang sedar diri dan berterima kasih kepada negara kita sendiri.

Kita tidak boleh tunjuk sombong dan tidak berterima kasih kepada negara kita Malaysia. Kita tidak boleh menjadi rakyat yang mudah lupa seperti " kacang lupakan kulit ". Kita juga kena ingat, selama kita tinggal di negara ini belum pernah lagi kita dengar rakyat mati kerana tak makan. Rakyat asing sanggup bergadai nyawa ke Malaysia demi mencari kesenangan, apatah lagi kita yang tinggal di bumi sendiri. Aku selalu ingatkan anak-anak aku tentang ini. Jangan menumpang di negara sendiri.

Tengah seronok aku memberi penerangan fasal Malaysia dan pembangunan, tiba-tiba sahaja anak sulung aku bertanyakan sesuatu.

 " Pasai apa Tun Mahathir tak mai abah?" aku hanya diam, tetapi isteri aku yang jawab,

" Depa tak jemput, macam mana nak mai " isteri aku sambung lagi,

 " Itu la orang kata, sehati tak semesti sejiwa ",

 " Betui juga no " jawab aku.


Sunday 16 August 2015

Tolong Mencuci Dan Mengemas Masjid Amalan Mulia


Berniaga seminggu sekali di hari juma'at berdekatan dengan masjid sudah menjadi rutin bagi aku. Hari juma'atlah hari yang aku paling seronok sekali berniaga. Pertama sekali aku dapat menunaikan solat fardhu juma'at dan yang keduanya aku dapat duit untung dari berniaga.

Aku menjual air kacang soya dan tau fu fah buatan sendiri. Kebanyakan jema'ah suka minum air kacang soya, hendak pula memang hari itu panas terik. Aku siapkan gerai aku lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Sebelum waktu sembahyang lagi sudah ada pelanggan aku, ada yang minum di situ dan ada yang beli dibawa balik, lebih kurang 'cash and carry' lah tu.

Beberapa minit selepas sembahyang adalah masa yang paling sibuk sekali bagi aku. Selepas sembahyang sahaja aku terpaksa bergegas ke gerai yang betul-betul terletak di sebelah pintu gerbang masuk masjid. Suasana sangat sibuk, kadangkala kelam kabut juga dibuatnya. Kelam kabut macam mana sekali suasana tetap terkawal kerana aku dibantu oleh anak aku.

Suasana sibuk berlangsung lebih kurang dalam 20 minit dan kemudian ia reda perlahan-lahan. Ada juga pelanggan yang datang tetapi dalam suasana yang rileks. Pelanggan datang dan pergi sehinggalah jualan habis ( selalunya habis ).

Paling seronok sekali apabila sampai waktu hujung jualan, sekumpulan budak-budak tempatan datang untuk menghabiskan jualan kami. Mereka tidak perlu membayarnya, mereka diberi kebebasan untuk mengambi dan menceduk minuman sendiri. Ambillah sebanyak mana yang mereka hendak, memang aku buat kenduri.

Budak-budak ini adalah pelajar sekolah yang tinggal berhampiran dengan masjid. Selepas solat juma'at, mereka mengambil tugas mencuci dan membersih sekitaran masjid. Mereka sudah melakukan  satu kerja yang mulia, aku kagum dan tabik kepada mereka. Bukan semua budak boleh melakukan kerja seperti mereka.