Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts

Tuesday 23 February 2016

Berjaga-jagalah Dengan Penipu Cyber


Sudah 2 -3 kali aku menerima panggilan dari mereka yang bernombor private, aku terus tidak layan dan kadangkala aku biarkan ia bercakap sendiri. Mungkin si pemanggil ini sedar yang ia tidak dilayan lalu ia sendiri berhenti dan offkan taliponnya.

Aku memang agak susah nak layan jika panggilan itu datangnya dari orang yang aku tidak kenali. Aku mungkin akan dengar dulu apa yang mereka cakap, kalau terasa pelik aku akan offkan saja talipon aku. Jika orang itu benar-benar kenal kita semestinya ia akan beritahu siapa dia.

Baru tadi aku terima dari Whatsapp group kami memberi amaran atau warning tentang panggilan dari 'Con man' tentang mereka ini cuba membuat penipuan tentang akaun bank.

Aku ingatkan perkara penipuan macam ini sudah pun berlalu, rupa-rupanya masih ada lagi kaki-kaki ini berleluasa dan menjalankan penipuan. Maklum sajalah orang tak nampak muka mereka.

Mereka akan menggunakan taktik yang menyatakan akaun anda telah dibekukan oleh sesetengah bank, ini akan membuatkan kita jadi panik. Dan kalau anda terima email sekalipun menyatakan tentang akaun anda, jangan layan. Jika mereka berkehendakan kita klik di mana-mana website, tolong jangan berbuat demikian.

Cerita ini mungkin sudah lama tetapi apapun kita kenalah berhati dari terkena. Aku tahu yang banyak orang sudah tahu tentang perkara ini, tetapi sebagai insan aku nak sampaikan juga kepada mereka yang masih belum tahu lagi perkara ini.



Tuesday 17 November 2015

Ibu Bapa Petunjuk Jalan

Keputusan UPSR telah pun keluar hari ini. Ada yang gembira, ada yang berduka dan ada yang selamba. Bergitulah senario yang dapat kita lihat apabila keluarnya keputusan pepereksaan besar-besar seperti STPM, SPM, PT3 mahupun UPSR.

Keputusan UPSR kali in menunjukkan peningkatan. Jumlah pelajar yang mendapat 5A melebihi jumlah tahun lepas. Bagi kebanyakan pelajar yang mendapat 5A dan 4A mahupun yang mendapat 3A mungkin dapat membayangkan halatuju mereka masing-masing.

Bagi yang kurang daripada itu ikut sahaja kemana yang diarah. Lepas itu barulah membuat tindakan apa yang patut untuk kebaikan masing-masing. Bagi mereka-mereka ini, ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang amat penting.

Tugas ibu bapa pula menunjukan jalan kepada anak-anak mereka apa yang patut dan yang tidak patut dibuat. Merekalah yang perlu menunjukan arah kepada anak-anak mereka. Mereka lebih dahulu makan garam, tunjuklah kepada anak-anak supaya mereka tidak terpesong nanti.

Ibu bapa adalah orang yang dapat memberi kesedaran kepada anak-anak. Anak-anak perlu disedarkan bahawa hidup ini bukan mudah tanpa pelajaran. Manusia yang tidak ada ilmu amat sukar untuk maju dalam zaman yang serba canggih ini. Pengetahuan dan pengalaman amat penting dalam hidup.






Tuesday 6 October 2015

Bermain Sepak Raga Bulatan


Aku tinggal di kampung yang tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar. Di sekeliling kampung aku adalah taman-taman perumahan. Pasar besar Alor Setar juga tidak jauh dari rumah aku. Aku boleh berjalan kaki sahaja jika aku hendak ke pasar besar. Bangunan berkembar dengan pasar besar adalah pasaraya Billion. Berhadapan dengan pasaraya Billion adalah tempat letak kereta di miliki Majlis Bandaraya Alor Setar.

Tempat letak kereta ini adalah tempat yang strategik juga kerana bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di kawasan ini. Setiap hari ahad ada pasar malam dan pada bulan puasa tempat ini dijadikan bazar ramadhan. Adakalanya kawasan ini di adakan funfair. Banyak event boleh diadakan di kawasan letak kereta ini.

Yang seronoknya di tempat ini pada sebelah petangnya terdapat beberapa kumpulan bersukan sambil santai dengan bermain sepak raga bulatan. Di kawasan ini, sepak raga bulat sudah menjadi permainan biasa dan pemain-pemain yang datang bermainpun memanglah muka-muka  yang aku selalu nampak. Sekali sekala ada juga muka baru.

Pemain sepak raga bulatan di sini bukannya orang-orang baru, mereka adalah orang lama dan mereka juga pemain yang ada " skill " Mereka bukan calang-calang pemain, ada di antara mereka pernah bermain sepak takraw untuk negeri, khususnya negeri Kedah. Ada juga yang pernah bermain untuk Malaysia dan juga di antara pemain pasukan Malaysia pada zaman itu yang selalu mengalahkan pasukan Thailand.








  

Saturday 3 October 2015

Penghantar Tong Gas Berpendapatan Lumayan


Lihat sahaja kepada orang ini, beliau adalah penghantar tong gas ke rumah-rumah dan juga ke kedai-kedai. Agak-agak anda berapakah pendapatannya setiap bulan? Mereka mampu meraih pendapatan melebihi RM 100 sehari. Jika dikira pukul rata sebulan setidak-tidaknya mereka mendapat sebanyak RM 3000 sebulan. Ini dikira pendapatan biasa, mereka boleh mendapat lebih daripada itu.

Jangan kita pandang rendah kepada pakaian mereka, dan pekerjaan mereka, mereka mampu mendapat pendapatan sebanyak itu tanpa mengeluarkan modal besar. Mereka hanya mengeluarkan duit mingak yang tidak sampaipun RM 5 sehari. Mereka memperolehi pendapatan lebih banyak dari sesetengah orang.

Penghantar gas di tempat aku adalah mereka yang paling popular sekali. Kebanyakan orang kenal mereka, orang politik di kawasan akupun kenal dan baik dengan mereka. Mereka adalah orang penting di kawasan aku, lebih penting dari cikgu, ustaz, kerani, petani mahupun orang politik. Kalau tidak ada mereka ini, kebanyakan dapur kita tidak akan berasap. Mereka dikira orang penting di tempat kami.

Cuba bergaul dengan mereka dalam satu jam dan kita cuba perhatikan talipon siapakah yang paling kerap berdering? Ya, memang talipon merekalah yang paling kerap berbunyi. Mereka ini boleh dikatakan tidak boleh duduk diam, tidak kiralah hujan, panas dan jerebu sekalipun  mereka tetap berada di atas jalan membuat penghataran kepada pelanggan. " Customer comes first " Itulah persepsi mereka terhadap pelanggan.

Orang yang paling kerap dijemput ke kenduri kahwin di kawasan aku, aku rasa merekalah. Boleh dikatan kebanyakan kenduri kahwin di tempat kami, merekalah yang selalu dijemput. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di sini memang kenal mereka. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa merekalah sebenarnya " Duta " bagi kawasan kami.  

 

Friday 2 October 2015

Berjaga-jaga Terhadap Anjing Gila


Walaupun keadaan sekarang agak reda dengan penularan wabak anjing gila atau rabies, kita tidak boleh leka dengan keadaan reda ini. Selalulah kena beringat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang penduduknya berbagai kaum. Kalau di kawasan kampung memang jarang sekali kita lihat kelibat anjing, kalau adapun cuma anjing mana-mana yang sesat.

Aku tinggal di kawasan kampung, tetapi kawasan di sekeliling kampung aku adalah taman-taman perumahan yang didiami oleh berbagai kaum. Kawasan perumahan melayu memang jarang sekali ternampak anjing. Tetapi di kawasan bersebelahan dengannya adalah kawasan perumahan yang didiami oleh orang-orang cina. Di sana memang terdapat banyak anjing, samada anjing pelihara mahupun anjing liar.

Aku sendiri pernah dikejar oleh anjing liar semasa aku bermotosikal menghantar anak aku ke sekolah pada satu pagi. Kami terpaksa melalui jalan di taman itu kerana jalan biasa penuh sesak dengan kenderaan. Jalan yang aku lalui adalah jalan pintas. Bayangkan sedangkan aku yang bermotosikal boleh dikejar si anjing liar itu, bagaimana pula dengan kanak-kanak sekolah yang selalu berbasikal menggunakan jalan itu.

Aku ingin sarankan di sini, walaupun keadaan sudah nampak reda, kita tidak boleh leka dan sentiasalah berjaga-jaga terutamanya bagi kanak-kanak. Aku sendiri bimbang dengan keadaan ini, tambahan pula anak-anak aku masih kecil lagi sedangkan kami memang tinggal di salah satu negeri yang telah diistiharkan sebagai kawasan penularan wabak anjing gila ataupun rabies.

Wednesday 30 September 2015

Berhati-hati Dengan Laman Web Anti Islam


Kelmarin aku terima whatsapp dari group aku memberi amaran dan pesanan tentang ada banyak laman web dari kaum anti islam yang memberi maklumat palsu mangenai islam. Bagi mereka yang sedang mengkaji mahupun ingin belajar tentang islam di internet mestilah berhati-hati dengan laman-laman web seperti di bawah ini:

www.answering-islam.org

www.aboutislam.com

www.thequran.com

www.Allahassurance.com

Mereka ini menyebarkan maklumat yang salah tentang Quran dan Hadis. Harap kita hendaklah berhati-hati dengan penerangan mereka tentang Islam.

Bagi mereka yang sedang belajar dan mengkaji tentang Islam lebih mendalam, harap janganlah membuat rujukan dengan laman-laman web seperti di atas. Banyak lagi laman web anti islam boleh didapati di internet. Kita mestilah berhati-hati.

Menyebarkan perkara ini adalah tanggung jawab aku sebagai seorang Islam. Janganlah kita biarkan mereka memperkotak-katikkan ugama kita. Jalan terbaik untuk kita berjaga-jaga dari mereka ini ialah dengan menyebar dan memberi tahu masyarakat internet Islam supaya tidak terpengaruh dengan laman-laman web seperti ini.

Dilarang juga kita menyanyi lagu 2NE1 dan EXO 'MAMA' kerana ada ayat dan latar yang tidak elok bagi seorang Muslim. Bagi laman-laman web seperti di atas, seboleh-bolehnya janganlah buka langsung. Sekali lagi aku katakan, aku rasa tanggung jawab aku sebagai seorang Islam menyampaikan kepada yang belum lagi mengetahui lagi tentamg perkara ini.

Monday 28 September 2015

Jangan Ikut Ego Dan Perasaan


Suami atau isteri atau kedua-duanya kalau mengharungi hidup berumah tangga mengikut ego dan perasaan, maka kemusnahanlah destinasi terakhir hidup rumah tangga mereka. Kedua-duanya mestilah beralah, secepat mungkin, buangkan ego masing-masing secepat mungkin kalau sedar diri sudah ditadbir oleh ego dan perasaan.

Pemimpin juga, kalau memimpin mengikut ego dan emosi yang tak terkawal maka akan hancurlah organisasi yang dipimpinnya. Orang yang berego tebal tidak dapat mengawal diri mahupun kumpulan yang dipimpinnya dengan tidak ada sifat tolak ansur, tidak boleh dikritik dan tidak boleh menerima nasihat akan menjunam akhirnya.

Setiap insan ada ego masing-masing, ada yang tinggi egonya dan ada yang tidak. Ego dan perasaan yang tak mahu mengalah mestilah dibuang jauh-jauh atau simpan di mana-mana supaya ia tidak mengacau pemikiran kita. Bendung dan kawallah ego dan perasaan kita kalau kita tidak dapat melontarnya jauh-jauh.

Penerbit terkenal lagu ' We Are The World ' Quincy Jones pernah menampal perkataan ' Check Your Egos At The Door ' berdekatan pintu masuk studio semata-mata hendak mengingatkan bahawa kesemua 46 penyanyi terkenal dan kaya raya itu tidak terbawa-bawa dengan ego masing-masing semasa merakamkan lagu itu. Mereka harus ada satu tujuan, ya itu menjadikan project ' We Are The World ' berjaya.Akhirnya  projek itu benar-benar berjaya.

Kita tidak nampak kepada ego, tetapi ia datang bersama perasaan yang memang tidak dapat dikawal sama sekali. Ia datang secara spontan dan sekali gus menggerakan rasa ego kita untuk memuncak. Kalau kita melayan perasaan ego, apabila sampai ke satu tahap ego akan megawal perasaan kita secara keseluruhan dan membolehkan kita menjadi riak dan sifat riak itu tidak disukai oleh Allah, beringatlah.

Dalam diri kita hendaklah ada sifat rasional. Rasional dapat pecahkan perasaan ego yang tidak menentu. Rasional berada dalam pemikiran sedar berlawanan dengan sifat ego yang selalunya berada di kelompok perasaan tidak sedar. Oleh itu selalulah membuat rasional apabila terasa diri sudah dikawal oleh ego.